Nak ‘healing’ hujung minggu? Wanita kongsi port tube house paling luas pernah dijumpai, di Selangor je pun.
Orang bekerja di KL macam-macam kena hadap, jalan jem, kos hidup tinggi dan macam-macam lagi.
Dalam fikiran tak sabar nak tunggu hujung minggu sebab nak pergi healing dengan keluarga atau kawan-kawan.
Kepada peminat tube house, seorang pengguna Twitter berkongsi suasana Tube house paling luas pernah dijumpai, lengkap dengan semua maklumat yang diperlukan.
(Italic kan keseluruhan ayat tulisan dia sampai habis)
Siap ada pendingin hawa dan televisyen (Netflix) lagi. Selalunya Tube House ni diperbuat dari palong concrete, nak duduk pun sempit, tapi ni guna Fibre custom tu yang luas siap boleh berdiri. Termasuk ada sungai, kolam renang, atv. Dalam 40 minit je dari Kuala Lumpur!
Sungai dia best, redup bawah rimbunan bambu.. sesuai untuk healing.
Selamat juga untuk anak-anak
Aku suka betul kolam renang dia, luas dan ada untuk dewasa dan kanak-kanak. Yang kolam renang kanak-kanak tu setiap hari sabtu ada bubble bath. Sbb owner resort ni buat bisnes produk terapi bath bomb jadi dorang guna bubble yang plant based, selamat utk budak, kena mata tak pedih.
Ni first time jumpa, tempat ni boleh request buat aktiviti hand craft bathbomb, scented candle, bath salt sendiri. Terserlah bakat masing-masing mendeko-deko lilin, bathbomb masing-masing. Dah lah wangi!
Tempat ni asalnya kebun buah, jadi ada ratusan pokok buah pelbagai jenis. Durian pun ada, sekarang ni tengah musim durian, rambutan, manggis, langsat, cempedak, pulasan, macam-macam lagi. Owner ckp boleh makan, tapi makan kat situ jelah jangan masuk plastik bawa balik pula.
Track Atv dia terbaik, ada yang jenis adventure ada yang sesuai untuk family bawa anak-anak, harga pun murah starting RM35 je per atv. Tu pun dah puas sebenarnya.
Harga bermula dari RM120 untuk Tube House. Tapi ada je banyak lagi unit lain, contoh hobbit house, boathouse, triangle house, dome house etc. Kapasiti per bilik pun kebanyakkannya 4-6 pax, yang boleh muat 10 pax pun ada. Sesuailah untuk family day.