Realtime website trackingweb stats

Ramai tak tahu rupanya arwah Raymond Goh seorang muslim, netizen mula kongsi detik perkenalan, termasuk artis popular

Oleh ADINDA

Ramai tak tahu rupanya arwah Raymond Goh seorang muslim, netizen mula kongsi detik perkenalan, termasuk artis popular.

Media sosial sejak semalam dibanjiri ucapan takziah dan doa kepada Penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh Abdullah yang disahkan meninggal dunia pada jam 10.40 pagi semalam di sebuah hospital dekat Petaling Jaya.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.

Allahyarham berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.

Beliau juga telah memeluk Islam pada bulan Mac tahun 2003.

Berikut komen-komen dan juga doa dari netizen termasuk daripada rakan artis.

Azman Naim 44 Mantra:

Selalu join live dia di Tiktok. Dia banyak share pengalaman hidup & kerjaya dia.

Mengimbau nostalgia 80an
Terima kasih atas khidmat selama ini.

Semoga Allah merahmati dan melindungi roh Arwah.

Satu kehilangan besar dalam industri Penyiaran Negara.

Akmal Aziz:

Raymond Goh meninggal dunia..Tak pernah tau rupanya sudah memeluk Islam. Innalillahi wa inna ilaihirajiun..

Zakri Zainuddin:

Saya tahu lama dah arwah Islam. Saya pernah intertaine arwah nak beli baju raya sekitar 10tahun lalu di shah alam. Sangat2 soft spoken arwah ni. Suka senyum. Semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman..

Mohd Nazrin:

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un… Ya Allah 😢

I am going to miss his perfect English & golden voice. A great loss in the media industry and newscasting field… A humble man with a lot of experiences… You will surely be missed by many…

Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman & para soliheen… Ameen YRA 🤲🏻

Al Fatihah

Esma Danial:

Aku telah membesar dengan berita-berita yang pernah disampaikan oleh Allahyarham
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Al-Fatihah

Abu D Zakwan:

zaman xada internet dulu kalau lambat tido, mmg muka uncle ni lah selalu keluar, kadang2 tgh tgk movie separuh jalan kena tgk muka uncle ni dulu, baru boleh sambung…..

Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman di sisi Allah… aminnn

Pit Hafiz:

Kadang² terpikir, ade ke orang tengok berita lewat malam ni?…tambahan pula dalam bahasa inggeris…tapi itu dah kerja Arwah sebagai pembaca berita…English beliau sangat bagus…kalau dia baca berita untuk CNN atau BBC pun orang tak tahu dia orang Malaysia…Al-Fatihah.

Umie Qut:

Alfatihah. Tak berseri Nightline tanpa beliau. Ramai je pembaca berita BI yg berbakat. Tapi wajah dan suara beliau dah terlalu iconic. Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan org² beriman

Hairi Atan:

Dulu kalau mega movie bersambung,memang aku tngok nightline ni….takut nak bukak channel lain,takut terlayan citer lain sampai lupa sambungan mega movie… takziah kepada Keluarga beliau

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Baca:
Tulis terbalik pun tulisan jururawat ini cantik, kebolehan yang hanya ada pada si tangan kidal
Rimas banyak tahi cicak di rumah? Rupanya guna lampu kuning lebih baik daripada lampu putih
Isteri sedih susahnya nak cari duit, rupanya ini sebab suaminya jamah kek hari jadi pelanggan