Realtime website trackingweb stats

Bangunan 40 tingkat tidak bertingkap ini dah wujud lebih 40 tahun lalu, ramai seram melihatnya

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bangunan 40 tingkat tidak bertingkap ini dah wujud lebih 40 tahun lalu, ramai seram melihatnya.

Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan bangunan pencakar langit misteri setinggi 40 tingkat yang dibina di New York lebih 40 tahun lalu.

Bangunan tertutup yang disifatkan menyeramkan dan seolah seperti kediaman rahsia itu sering mencetuskan tanda tanya orang ramai yang lalu di sekelilingnya.

Menara konkrit yang tidak mempunyai sebarang tingkap itu menyebabkan ramai pengguna media sosial membuat pelbagai spekulasi dan teori aneh tentang apa yang tersembunyi di sebaliknya.

Bangunan 40 tingkat tidak bertingkap ini dah wujud lebih 40 tahun lalu, ramai seram melihatnya. Bangunan yang terletak di 33 Thomas Street di New York itu turut dikenali sebagai Bangunan Long Lines. Ramai pengguna media sosial meluahkan rasa hairan dengan bangunan pencakar langit misteri setinggi 40 tingkat yang dibina di New York lebih 40 tahun lalu.

Terdapat warga net yang mendakwa bangunan itu menjadi kediaman warga ‘pontianak’ kerana tidak bertingkap dan ada juga yang mengatakan lokasi itu menjadi ibu pejabat misi organisasi rahsia pemantau makhluk asing seperti filem Men in Black.

Setiap tahun, imej dan video bangunan itu diedarkan semula di media sosial malah pernah mendapat perhatian bintang Hollywood, Tom Hanks yang menyifatkannya bangunan paling menakutkan pernah dilihat.

Bangunan yang terletak di 33 Thomas Street di New York itu turut dikenali sebagai Bangunan Long Lines.

Binaan aneh itu direka bentuk dan dibina antara tahun 1969 dan 1974 untuk menempatkan peralatan pensuisan telefon dan telegraf selain menjadi hab telekomunikasi terpenting di AS.

Sejak syarikat telekomunikasi berpindah pada 1999, bangunan itu dikatakan masih digunakan untuk tujuan tersebut oleh syarikat baharu, malah terdapat laporan ia digunakan sebagai pusat data keselamatan namun apa sebenarnya yang berada di dalam bangunan itu masih kekal misteri sehingga kini.

Baca:

Kapal selam serangan nuklear pertama dilancar Korea Utara, canggih dan menggerunkan

Pandai rupanya Intan Najuwa memasak untuk suami, berbaloi dengan wang hantaran RM222,000

Mahu belikan anak laptop, sanggup ibu ini jual gelang, ramai sebak harap anaknya rajin belajar