Video mesra dengan emoji love, caption “musibah dalam nikmat” dedah Farid Kamil dan Diana Danielle dah berbaik semula.
Perkongsian semula video di Instastory telah menarik perhatian ramai peminat apabila pelakon Diana Danielle dilihat duduk bersebelahan dengan bekas suaminya, iaitu Farid Kamil.
Menerusi laman Instastory milik Farid, beliau turut memuat naik video bekas isterinya yang sedang ditemu bual oleh seorang wartawan.
Tidak kurang juga, Farid memasukkan emoji lelaki yang seperti sedang di lamun cinta dengan bentuk ‘love’ untuk menyelitkan rasa kasih dalam perkongsian tersebut.
Tidak hanya itu, sepertinya Diana dan Farid cuba memberi petanda bahawa mereka sedang dalam proses berbaik semula melalui video temu bual pendek yang dimuat naik di TikTok Budiey.
Dalam video tersebut, Farid mengutarakan pandangannya, “Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat, ia merupakan satu nikmat juga,” dengan penuh ringkas.
Reaksi daripada netizen juga mengharapkan agar Farid dan Diana boleh berbaik semula dan menjadi suami isteri seperti dulu.
“Alhamdulillah, rujuk semula. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke jannah,” komen netizen.
Mereka mendoakan agar pasangan ini dapat memperbaiki kelemahan masing-masing demi kebahagiaan dalam rumahtangga mereka.
Namun begitu, bekas pasangan suami isteri ini masih belum mengesahkan sebarang spekulasi yang melibatkan mereka.
Untuk pengetahuan semua, pada 10 Ogos yang lepas, Diana dan Farid telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini pernah membina rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Baca:
Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba ‘membuang’