‘Trick’ mudah bersihkan kepala ‘shower’ agar lebih lancar

Oleh NUR KASIH

Ramai selalu terlepas pandang nak cuci kepala ‘shower’ dalam bilik air rumah kita.

Sebenarnya, kepala ‘shower’ ni penting tau untuk dicuci.

Kalau kita biarkan lama-lama, kotoran akan melekat dan menyumbat lubang kepala ‘shower’.

Trick mudah bersihkan kepala shower agar lebih lancar 01

Ini juga boleh kurangkan tekanan air.

Jadi, korang boleh guna petua yang saya selalu guna ni.

Korang boleh rendam showerhead dalam cuka sebab sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil dekat situ.

• Masukkan showerhead dalam air dan cuka, kemudian ikat dan biarkan selama beberapa jam.

• Guna baking soda untuk menghilangkan kotoran degil pada showerhead .

• Campurkan 1/3 cawan baking soda dengan air secukupnya untuk dijadikan pes.

• Sapukan pes ke kepala ‘shower’ dan biarkan selama 15-20 minit,

• Gosok dengan berus berbulu lembut dan bilaskan dengan air.

• Kalau tak nak guna baking soda, boleh guna ubat gigi dan berus gigi untuk bersihkan showerhead.

• Mudah je basahkan berus gigi dan sapukan sedikit ubat gigi atau sabun pinggan.

• Gosok kepala ‘shower’ dengan lembut.

• Perahan lemon boleh guna jugak sebab ada asid semula jadi yang dapat membantu melarutkan simpanan tersumbat dan kotoran.

• Campurkan jumlah yang sama dengan air perahan lemon dan dalam botol semburan.

Kemudian, semburkan campuran itu pada kepala pancuran dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas.

Dah bersihkan pastikan showerhead selalu dibersihkan dan elak dari berkumpul kotoran degil dekat situ.

Semoga menfaat.

Baca:

Senyap-senyap kahwin lain antara sebab individu tidak mahu daftar PADU

Malaysia masih sanjung rumput lembu, TMJ tegur pihak berwajib

Lelaki maut, kereta rempuh treler