Realtime website trackingweb stats

Tips goreng ikan keli tanpa meletup, rupanya guna ini je

Oleh AHMAD ISMAIL

Walaupun resepi ini ringkas, ramai yang suka dengan hidangan keli goreng.

Rasa rangup dan isi lembut serta berlemak pasti meningkatkan selera kita.

Nikmatilah hidangan ini dengan air asam atau sambal belacan dan ulam.

Tips goreng ikan keli tanpa meletup, rupanya guna ini je

Namun, satu cabaran ketika memasak ikan keli adalah menghadapi minyak yang boleh meletup-letup semasa menggorengnya.

Jangan sampai terkena minyak panas ke muka kita jika tidak, boleh berparut!

Jadi, sebelum muka atau tangan kita terkena minyak panas, mari kita pelajari beberapa tips menggoreng ikan keli supaya tidak meletup.

Tips ini dikongsikan oleh Puan Rohayu Naura di dalam kumpulan Masak Apa Hari Ini.

Sedikit pengetahuan adalah kunci untuk memasak ikan keli.

Jangan tertipu dengan ikan yang besar.

Elakkan dari memilih ikan keli yang besar kerana rasanya kurang sedap dan isinya agak liat.

Lebih baik pilih ikan keli yang kecil dan comel untuk hasil yang lebih sedap.

Tips goreng ikan keli tanpa meletup, rupanya guna ini je

Ikan keli kena dibasuh dulu.

Potong kepala ikan tersebut, kemudian bersihkan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Selepas itu, balut ikan dengan tepung gandum dan ramas-ramas ikan keli tersebut untuk mengeluarkan lendir.

Setelah itu, rendam ikan sebentar dalam air dan gosok-gosok lagi.

Tips goreng ikan keli tanpa meletup, rupanya guna ini je

Kemudian, basuh bersih-bersih.

Dah bersih, letak garam dengan kunyit. Sambil-sambil tu korang dah boleh mula panaskan minyak.

Goreng macam biasa. InshaAllah tak meletup.

Dah siap. Korang boleh makan dengan nasi. Tuang kicap. Ni saya masak sambal sebab kesukaan suami.

Sumber: Rohayu Naura

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah