Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Oleh FATIN AQILAH

Dalam usaha untuk memastikan kualiti bendi yang dibeli, sangat penting untuk mengetahui cara yang betul dalam memilih dan membeli bendi tanpa merosakkan hujung buahnya.

Adalah suatu cara yang bijak bagi pembeli, untuk memahami teknik-teknik yang sesuai bagi memilih bendi yang segar dan sihat tanpa perlu mematahkan hujung buah.

Ini bukan sahaja membantu menjaga kualiti bendi tetapi juga memastikan proses memasak akan menjadi lebih memuaskan.

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Dalam artikel ini kita akan mempelajari cara beli bendi tanpa mematahkan hujung bendi tersebut.

Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah.

Nak patahkan hujung buah, kena marah ke tokey kedai.

Jika tak patahkan dan beli bendi tua, kena bebel dua tiga bakul pulak dengan isteri. Serba salah aku ni. Rintih kawan saya sambil buat muka seposen.

Senang jer cara nak kenal buah bendi ni balas saya spontan.

Okey, dah senang sangat.

Tolong cerita sikit macam mana caranya aku nak kenal buah bendi ni sambung kawan saya lagi dengan muka tak puas hati.

Saya pun ambil pisau dan ajak beliau pergi dekat pokok bendi. Terus saya potong 4 biji buah bendi dan bagi beliau pegang.

Kami pun jalan sama-sama ke tempat teduh.

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap:

  1. Sangat muda
  2. Muda
  3. Tua
  4. Sangat Tua
  5. Tua Bangka

Macam mana nak kenal 5 tahap ni?

Aku dah tak sabar nak tahu ni celah kawan saya lagi.

Sangat Muda : Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada.

Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.

Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.

Muda : Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je.

Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.

Tua : Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras.

Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.

Sangat Tua : Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu.

Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.

Tua Bangka : Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi.

Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.

Patutlah mu kata mudah , memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda.

Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Betul kan? Tanya kawan saya nak kan kepastian.

Ya, dah betul tu.

Lepas ni confirm orang rumah aku tak ”ngepek” dah bila aku beli bendi nanti. Silap-silap dia pulak tanya aku macam mana cara nak pilih bendi muda tanpa perlu patahkan hujung buah kan. Haha
Semoga bermanfaat.

Ajarkan juga ilmu ni pada keluarga kita ye Sebab mungkin masih ramai yang belum tahu.

Kredit: Azuan Abdullah

Baca:

Jual jajan sampai awal pagi, ‘mak cik’ yang terima kata sinis ini bukan sembarangan

“Hancur hati saya, Mizz Nina datang bawa polis” – Noh Hujan

‘Mungkin saja nak kutuk barangan buatan Malaysia’ – Pelik tulisan tangan di palam pintu pesawat Alaska Airlines ini