Realtime website trackingweb stats

Tips bercuti ke Pulau Perhentian, ini senarai 6 barangan wajib bawa, nombor 4 tu kalau tiada memang payah nak tidur lena

Oleh ABDULLAH HAMID

Keindahan pemandangan Pulau Perhentian di Terengganu menjadikan ia antara tempat tumpuan warga tempatan dan rakyat asing bercuti.

Keadaan pantai yang landai selain kehadiran ribuan pelbagai spesies ikan jinak mengerumuni badan ketika mandi-manda memang menggamit hati untuk berlama-lama di pusat peranginan itu.

Ikuti tips dikongsi Ahmad Syakir mengenai ciri dan keistimewaan di dua pulau dekat Kuala Besut ini selain senarai 6 barangan wajib bawa:

TIPS PULAU PERHENTIAN

Pulau Perhentian terletak di Besut, Terengganu. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil.

Tips bercuti ke Pulau Perhentian ini senarai 6 barangan wajib bawa nombor 4 tu kalau tiada memang payah nak tidur lena

PULAU PERHENTIAN KECIL

Ada 3 pantai yang menjadi kegemaran orang. Kalau anda sukakan aktiviti pulau kecil banyak aktiviti yang boleh dibuat:

  • Hiking ke Windmill
  • Pertunjukan api di Long Beach
  • Snorkeling
  • Banana boat
  • Scuba Dive
  • Sunset di Sharila Resort
  • BBQ
  • Trekking

Long Beach atau pasir panjang selalu menjadi tempat pilihan pertama bagi pelancong luar negeri kerana di sini terdapat banyak tempat menarik dan lebih bersifat terbuka.

Tarikan di sini ialah fire show dan beach parti. Di sini juga terdapat tempat perkhemahan berbayar.

Jika anda sukakan tempat crowded dan lebih suka di luar berbanding rehat di dalam bilik, ini adalah tempat sesuai untuk anda.

Di sini jeti hanya ada satu. Tiada kereta atau motor. Jadi, anda kena rajin berjalan.

Resort yang paling terkenal di sini ialah Mimpi Resort dan ia sangat dekat dengan jeti. Ada banyak kedai makan di sini jadi jangan risau tentang makanan.

Windmill juga terletak dekat dengan Long Beach dan D’lagoon. Anda kena cari signboard nyior 5 glamping.

Perjalanan mengambil masa 10 ke 15 minit tapi saya nak bagi pesanan sebelum kamu ke sana kamu kena tahu.

Ini laporan Harian Metro: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata bahawa kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan kepada pelancong yang mengunjungi kawasan berkenaan.

Sekalipun ada tangga disediakan untuk ke puncak bukit berkenaan, Atiffin menjelaskan bahawa tangga tersebut sebenarnya dibina untuk kemudahan staf Tenaga Nasional Berhad melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kincir angin tersebut.

Coral Bay terletak di sebelah pantai mengadap barat. Ia juga lebih tenang berbanding Long Beach.

Pantainya dipenuhi dengan coral mati, sakit kaki kalau mandi. Kalau anda ingin pergi ke Long Beach anda harus melalui Ombak dive resort. Laluan kebun getah jalan tiada lampu jadi boleh menggunakan lampu suluh atau lampu telefon bimbit.

Kampung Nelayan ialah tempat orang tempatan tinggal. Di sini makanan lebih murah. Ada masjid, sekolah dan boleh beramah mesra dengan orang tempatan.

Kalau mahu ke long beach dari sini anda harus mengambil bot tambang kerana long beach sangat jauh.

PULAU PERHENTIAN BESAR

Pulau Perhentian Besar sangat sesuai untuk keluarga dan orang yang ingin ketenangan.

Di sini ada pantai-pantai sendiri dan chalet/resort sangat dekat dengan pantai. Anda boleh memantau anak-anak anda serta ada jeti sendiri.

Di sini juga ada banyak tempat untuk snorkeling. Jika bosan di bilik, anda boleh meneroka pulau dan pantai.

Ada juga chalet di sini yang mempunyai kolam renang sesuai untuk kanak-kanak.

Persediaan barang:

1. Sunblock atau sunscreen

Kulit anda sangat terdedah dengan cahaya matahari di pulau. Jadi, harus ada perlindungan jika tidak kulit anda akan mengelupas ataupun lebih gelap.

Swinsuit/ baju renang

Pakaian mandi ini anda sediakan lebih dari satu kerana anda akan lebih kerap mandi pantai.

Jika anda yakin tidak suka, memadai bawa cuma satu. Jika anda takut lengan hitam pilihlah pakaian lengan panjang.

2. OOTD

Baju bunga bagi lelaki dan sunshade ini hanyalah tambahan jika anda suka ber’ootd’.

Bagi perempuan pula ramai yang memakai topi. Ia bagus untuk melindungi wajah anda dan ia juga menarik untuk dipakai ketika ootd.

Banyak pakaian yg menarik dijual di Jeti Kuala Besut. Jadi, ambil masa sebentar untuk memilih.

3. Makanan

Untuk persediaan malam, lebih baik anda ada makanan simpanan seperti roti atau snek.

Air mineral juga anda boleh bawa ketika aktiviti snorkeling. Tekak anda akan haus selepas berenang.

4. Gajet

Di sini elektrik tidak semua chalet beroperasi 24 jam. Jadi, sediakan powerbank dan extension untuk memudahkan kamu caj.

Gopro atau yang gajet yang sama ini bagus untuk anda gunakan waktu menyelam. Jika anda hanya snorkeling boleh beli watercase untuk HP anda di Jeti Kuala Besut.

5. Beg kalis air

Ketika anda snorkeling, barangan anda akan lebih terdedah dengan air. Bawa duit atau barangan yang penting sahaja.

Duit itu akan anda guna ketika berehat makan di kampung nelayan.

Baca:

Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk, imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Lebih setengah juta tuntutan palsu, SPRM tahan anak MB Perlis

Apa maksud Ruhainies tunjuk santai makan Oyster, siap tulis ‘setiap yang berlaku ada sebab’