Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk, imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Oleh HADI KAMARUDIN

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkongsi rahsia seorang ustaz yang kini sudah surut bengkak di tengkuk.

Rupanya, ustaz yang juga Imam Masjid Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak mengamalkan gaya hidup sihat sehingga berjaya ‘mengusir’ kira-kira 30 kilogram!

Ikuti perkongsian Hasnul yang juga pemilik restoran La Pour di Ipoh mengenai pencapaian Ustaz Tuan Syed Mohd Muzzaffar dalam menurunkan berat badan:

“Apa rahsia ustaz boleh mengurangkan bengkak kat tengkuk tu?”

Malam tadi (23 April 2024), rezeki dapat bertemu di LaPour dengan seorang ustaz merangkap Imam Masjid Sultan Azlan Shah yang saya hormati.

Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Wataknya lembut dalam bicara, suaranya merdu ketika memimpin solat jemaah, menyampaikan kuliah dan doa yang sebak diaminkan dalam mana-mana majlis keraian pembesar negeri.

Ustaz Tuan Syed Mohd Muzzaffar kini telah berubah wajah daripada seorang agak besar saiznya kepada seorang watak ustaz yang boleh dijadikan idola kepada sesiapa yang mahu amalkan gaya hidup sihat.

Bermula Januari 2024, beliau bertekad untuk menurunkan berat badan sehingga berjaya mengurangkan hampir 30 kg daripada berat asal.

Kini, dengan berat 93 kg, setakat 10 km jogging dengan pace 6-8 tiada masalah pada ustaz. Saya pun pace 7-9.

Saya berpesan kepada ustaz, “Kalau boleh ustaz selitkan sedikit tips jaga kesihatan tubuh badan mengikut sunnah Nabi setiap kali dalam kuliah ustaz.

“Orang ramai terutamanya jemaah masjid lebih dengar dan tertarik dengan nasihat daripada agamawan berbanding pakar motivasi atau pakar kesihatan.” 😬

Tahniah ustaz Syed. 🫡

Gambar kedua itu diambil pada Januari 2023. Maaf ustaz saya stalk Facebook ustaz.

Baca:

Bapa tergamak buat benda terkutuk di saat anak sulung baru melihat dunia

Sengaja tutup ruang komen IG, Pu Azman dedah Aidilfitri kali ini tidak diserikan dengan ‘kerepek bawang’

Tergamak ucap begitu terhadap 10 korban nahas helikopter TLDM, ustaz pun bandingkan lelaki ini dengan babi di hutan