Realtime website trackingweb stats

Tidak perlu beli lagi, ini tips menjadi semai daun sup

Oleh AHMAD ISMAIL

Boleh dikatakan satu kemestian memakai daun sup atau Chinese Celery Leaves ini dalam setiap masakan berkuah terutama sup kerana ia dijadikan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan.

Setiap kali mak – mak ke pasar, mesti akan membeli daun sup ini meskipun kuantiti penggunaannya hanyalah sedikit sahaja. Selebihnya sama ada diletakkan dalam peti ais sehingga layu atau dibiarkan busuk di dapur.

Daripada beli dan membazir, tanam sendiri daun sup ini di rumah, lebih jimat dan bebas racun serangga!

Tidak perlu beli lagi, ini tips menjadi semai daun sup

Namun, ada segelintir yang mengeluh kerana tanaman sup dipercayai tidak menjadi dan cepat mati, jom ikuti petua yang dikongsi untuk menyuburkan tanaman daun sup anda!

Sediakan tapak semaian, boleh juga beli di kedai Eco RM2

Sediakan benih daun dup dan rendam selama 10 jam. Lagi baik rendam menggunakan air tanpa klorin untuk mengaktifkan benih.

Selain itu, teknik rendaman benih dengan air suam ( suam-suam kuku jangan panas) selamat 5 ke 10 minit juga boleh untuk mengaftifkan benih supaya mudah bercambah.

Siram tanah supaya kelihatan basah, semai benih daun sup dan tutup dengan lapisan tanah, siram benih dengan berhati-hati, tray semaian hendaklah diletakkan di kawasan redup.

Jangan sesekali letak terus bawah cahaya matahari, gunakan tanah yang jenis gembur dan tidak menakung air.

Daun sup akan bercambah dalam tempoh 10 hari ke atas. Jika nampak tanah semakin kering, spray dengan air supaya tanah kelihatan sentiasa basah.

Jangan terlalu kerap letak baja kerana ia boleh menyebabkan pokok itu mudah layu dan mati.

Sekali sekala siram dengan air basuhan beras kerana pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras.

Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin menanam pokok ini kerana ia amatlah senang untuk disemai dan dijaga.

Baca:

‘Hantu pun tak sampai hati nak sakat’ – Balkoni pun boleh letak sewa RM600

Biar betul nak guna bom robohkan Stadium Shah Alam, ini penjelasan Menteri Besar

Banyak pula kes kereta baru beli tiba-tiba rosak, ini tips berharga cara pastikan kereta benar-benar baik