Realtime website trackingweb stats

Tanam sendiri daun bawang ‘confirm’ sedap & manis, boleh petik bila-bila masa

Oleh NURAIMAN

Biasanya kalau kita beli daun bawang kat kedai, cepat layu dan tak boleh guna.

Jadi, kenapa tak cuba tanam sendiri kat rumah?

Lagi sedap, manis, dan dijamin bersih.

Tanam sendiri daun bawang 'confirm' sedap & manis, boleh petik bila-bila masa

Kalau nak tau macam mana nak tanam daun bawang, anda boleh baca artikel ni sampai habis.

Rugi kalau tak cuba!

• Cari bawang yang apabila dipotong kepalanya, di tengah-tengahnya terdapat warna hijau.

• Potong bahagian atas bawang (bahagian kepala bawang).

• Pilih bawang yang sudah tumbuh daun, potong dan buangkan daun itu sebelum menanamnya. Jika tidak, pertumbuhan pokok bawang akan terbantut.

• Jika tidak terdapat bawang yang sudah tumbuh daun, pilih bawang yang segar dan elok.

Jangan tanam bawang yang sudah reput, kerana ia akan cepat reput dalam tanah.

• Kaedah ini digunakan untuk pokok bawang yang ditanam untuk diambil daunnya.

• Boleh cuba tanam dalam cawan telur yang kosong.

• Pastikan cawan telur sentiasa lembap.

• Saya lebih suka tanam di tanah sebab lebih kukuh dan cantik.

• Cukup semburkan air sikit-sikit untuk lembapkan tanah. Jangan terlalu banyak air, nanti bawang lemas dan cepat reput.

• Anda boleh mula petik hasil dalam masa seminggu.

• Bila nak petik, potong semua daun dan biarkan bawang di tanah.

Kemudian, anda boleh petik lagi.

Selamat mencuba berkebun.

Sumber: Cik Pooja

Baca:

Sayu hati bapa lihat anak mundar-mandir sendirian tanpa kawan dari sekolah lama

Geli cicak banyak di rumah? Ini cara mudah perangkap guna 2 bahan ini

Bulan puasa tidak menjadi penghalang untuk bersenam, ini 3 waktu terbaik untuk lakukannya