Laluan C156, Jalan Boh, Seksyen 0.70 yang menghubungkan Habu ke Boh Tea Estate, Habu, kini ditutup sementara kepada pengguna jalan raya disebabkan kejadian tanah runtuh.
Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria, mengumumkan penutupan laluan tersebut bermula pada 19 Januari dan akan berlangsung sehingga 2 Februari ini, melibatkan kedua-dua arah.
Menurutnya, penutupan ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan berkesan.
“Penutupan jalan secara sementara dalam tempoh ditetapkan itu perlu demi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.
“Tiada laluan alternatif dibuka, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan mengikut papan tanda di lokasi kejadian dan mematuhi arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya melalui notis yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands.
Baca:
‘Aku salah makan nasi lemak ke selama ni?’ – Influencer ini macam masak nasi goreng
Netizen komen ‘nenek dengan cucu’ – Ini reaksi Jasmin Hamid
Tak lama lagi puasa, ini 7 ajaibnya berpuasa, nombor 5 macam relevan dengan Tun Dr Mahathir