Ada yang terkeliru sama ada mereka selama ini salah makan nasi lemak gara-gara melihat seorang ‘influencer’ menyediakan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu.
Rata-rata rakyat Malaysia berkerut dahi melihatkannya konon memasak nasi lemak yang pernah diiktiraf sebagai antara makanan paling sihat di 10 negara di dunia itu.
Tanpa menggunakan santan yang wajib ada untuk menghasilkan nasi lemak, dia juga sesuka hati mencampurkan nasi ke dalam minyak.
‘Resepi’ pelik siap tambah bayam itu terkandung dalam video terpampang ‘Malaysian nasi lemak’ lengkap dengan busana kebaya yang dipakai pempengaruh itu.
Tidak cukup itu mungkin mahu melengkapi ‘feel’ Malaysia, dilatari pula dengan lagu Joget Pahang nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.
Walhal, apa maknanya nasi lemat tanpa dihadiri dengan aroma santan dan daun pandan serta sambal sebagai pelengkap hidangan paling laris ketika sarapan?
Susulan itu, ramai melontarkan kritikan selain gurauan melihatkan pempengaruh itu menyediakan nasi lemak versinya.
“Berkerut kerut dahi aku tengok dia buat nasi lemak ni.
“Tu dia nasi lemak dia ada bayam.
“Itu nasi lemak ke nasi goreng?
“Bukan, salah tu, nasi goreng kampung kak, nasi lemak lain.
“You forgot the sambal sis, kalau ada sambal baru namanya Nasi Lemak,” demikian kata warganet.
Agak menghairankan, tiada sebarang penjelasan setakat ini daripada pihaknya tentang resepi tersebut selepas video itu dimuat naik.
Baca:
Tidak perlu beli lagi, ini tips menjadi semai daun sup
Ikan ‘frozen’ lebih tinggi khasiat berbanding yang segar
Rimas rambut gugur dan menipis, boleh amal 5 langkah ini, nombor 3 tu kena bersabar ambil masa