Tahukah anda, teh hijau, terutama dari Jepun, dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan?
Terdapat kajian yang menyatakan ia mampu membakar lemak.
Teh hijau Jepun mengandungi kepekatan polifenol katekin yang tinggi.
Sebatian ini berfungsi bersama bahan kimia lain untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak dan proses termogenesis, di mana tubuh menghasilkan haba dengan membakar lemak.
Oleh itu, pengambilan teh hijau secara rutin dapat meningkatkan metabolisme dan membantu menurunkan berat badan secara selamat dan semulajadi.
Menurut Berita Harian, kajian dari Jurnal Antarabangsa Obesiti dan Polifenol mendapati bahawa teh hijau dapat menstabilkan berat badan dan meningkatkan metabolisme serta membantu membakar lemak dengan lebih efektif.
Kajian sains juga menunjukkan bahawa dengan meminum dua hingga empat cawan teh hijau sehari, ia dapat membakar kalori dalam badan sehingga 17 peratus lebih tinggi daripada biasa dalam waktu yang singkat.
Beberapa kajian turut membuktikan bahawa ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh dapat mengurangkan keinginan untuk makanan manis. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pencernaan dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.
BACA: Wanita kongsi petua bangun pagi, ‘confirm’ badan tak lesu, tiada lagi monday blues