Mengimbangi antara kerjaya dan kehidupan peribadi adalah satu cabaran yang sukar diamalkan bagi kebanyakan individu.
Setiap hari, ketika kita membuka mata, sering kali berasa lesu untuk memulakan rutin harian yang penuh dengan cabaran.
Melalui satu hantaran di laman X, seorang wanita berkongsi petua yang telah diamalkannya selama sembilan tahun
yang dikatakan mujarab untuk menjaga kesegaran badan dan menghadapi rutin harian dengan lebih bertenaga.
“Saya telah menggunakan cara ini selama sembilan tahun. Alhamdulillah, saya dapat bangun seawal pukul 4.30 pagi dalam keadaan bertenaga dan tidak mengantuk langsung,” katanya.
Penjagaan waktu tidur malam menjadi kunci
Menurut wanita tersebut, dia cuba untuk tidur seawal mungkin setiap malam supaya tubuhnya mendapat rehat yang mencukupi.
“Setiap kali azan Isyak berkumandang, saya bangun untuk menunaikan solat dan kemudian terus tidur semula. Saya sangat gembira dengan rutin ini kerana dapat bangun awal setiap hari. Saya mandi pada pukul 5 pagi dan badan terasa segar,” jelasnya.
Sementara itu, seorang individu lain turut berkongsi amalannya yang melibatkan pengurangan penggunaan telefon pintar sebelum tidur.
“Saya mulai tidak makan berat selepas pukul 6.30 petang. Kemudian pada pukul 10 malam, saya masuk tidur. Pada pukul 10 malam, saya pastikan telefon pintar jauh dari saya. Saya telah mencuba banyak kaedah, dan ini yang paling berkesan bagi saya. Saya tidak lagi berasa lesu dan sakit badan,” terang individu tersebut.
Respon dari netizen
“Banyak komitmen tetapi saya juga cuba untuk disiplin dalam menjaga waktu tidur. Ini kunci untuk memastikan kehidupan yang berkualiti.”
“Betul, jika tidur tidak teratur, saya akan rasa mengantuk sepanjang hari. Akhirnya, saya terpaksa mencuri masa tidur semasa waktu makan tengah hari,” ujar sebahagian warga maya.
Dengan itu, amalan disiplin dalam penjagaan waktu tidur malam dapat membantu seseorang untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif dan berkualiti.
BACA: Betul ke ‘Power window’ punca tingkap kereta berat? Ramai terlepas pandang ‘benda’ ini