Tak sangka pasal ‘pokok jahat’ ini, firma hartanah rugi ratusan ribu ringgit, dah ada pun kes pemilik rumah kena saman

Oleh HADI KAMARUDIN

Memang ada rupanya tumbuhan rosak lagi merosakkan yang telah mengakibatkan sebuah firma hartanah di London mengalami kerugian besar ratusan ribu ringgit.

Sebuah rumah tidak dapat dijual semula gara-gara sebelum itu gagal mengesan serangan tumbuhan perosak Japanese Knotweed di kediaman itu.

Pokok Japanese Knotweed merupakan spesies tumbuhan invasif yang agresif dan sukar untuk dimusnahkan.

Bahkan, tumbuhan itu berbahaya kerana boleh merosakkan struktur dinding dan lantai bangunan.

Menurut Pengarah House Buy Fast, Jonathan Rolande, firmanya terpaksa menanggung kerugian sebanyak 20,000 pound (RM118,461) untuk menangani tumbuhan invasif itu.

Tak sangka pasal pokok jahat ini firma hartanah rugi ratusan ribu ringgit dah ada pun kes pemilik rumah kena saman

Jelasnya, masalah itu juga menyebabkan kediaman berharga 56,000 pound (RM331,692) di Aberdare, South Wales gagal untuk kembali berada di pasaran selama lebih empat tahun.

Rumpun buluh Knotweed Jepun boleh merosakkan struktur dengan memberikan tekanan pada dinding dan pagar.

Malah, pokok ‘jahat’ itu juga menghalang pemilik daripada mendapatkan gadai janji untuk kediaman yang ingin dijual.

Di London, kehadiran tumbuhan itu perlu diisytiharkan pada borang gadai janji TA6.

Mengikut peraturan di sana, jika pemilik hartanah gagal berbuat demikian, tuntutan untuk ganti rugi oleh pembeli boleh dibuat di mahkamah.

“Dalam kes kami, pemilik rumah terdahulu mendakwa tumbuhan itu tidak ada di hartanah tersebut, malah juru ukur juga gagal mengesannya sedangkan ia sudah menjalar dengan banyak di ruang belakang.

“Akibatnya, pelaburan yang dilakukan gagal membuahkan hasil. Kami tidak dapat menjual semula hartanah ini kepada pelabur atau pembeli dan terpaksa pula menanggung kos yang besar untuk membuang tanaman itu,” kata Rolande.

Rolande berkata, firmanya bercadang menyewakan kediaman itu tetapi perlu mengeluarkan 3,500 pound (RM20,730) untuk rawatan menyingkirkan tumbuhan invasif itu serta tambahan 10,000 pound (RM59,230) untuk faedah modal tambahan.

“Kami juga terpaksa membayar 900 pound (RM5,329) untuk membina bumbung baharu serta kos baik pulih lain sekitar 1,500 pound (RM8,882) bagi menjadikan rumah itu sesuai untuk disewa,” katanya.

Kena saman

Akibat tumbuhnya Japanese Knotweed juga, seorang lelaki yang membeli rumah idamannya bernilai 700,000 pound (RM3.68 juta) bertindak menyaman bekas pemiliknya.

Puncanya, dia melihat Japanese Knotweed tersembunyi di sebalik sebuah bangsal di halaman belakang kediaman itu.

Jonathan Downing membeli rumah tiga bilik tidur di Raynes Park, barat daya London itu daripada Jeremy Henderson pada Ogos 2018.

Downing, 30, pada mulanya merancang untuk mengubah suai rumah tersebut, selain membina sebuah bangsal baharu di halaman belakang kediaman itu.

Apa yang mengejutkan dia kemudiannya apabila di menemukan pokok Japanese Knotweed di sebalik semak yang tumbuh di sebelah bangsal itu.

Sehubungan itu, Downing pada 2023 menyaman Henderson dengan menuntut bekas pemilik rumah itu membayar ganti rugi ekoran tidak memaklumkan mengenai tanaman Japanese Knotweed yang tumbuh di hartanah tersebut ketika menjualnya.

Downing menuntut ganti rugi sebanyak 32,000 pound (RM168,645) bagi menampung kos memeriksa dan memusnahkan tanaman itu serta kejatuhan nilai hartanah dibelinya akibat `serangan Japanese Knotweed’.

Hakim kemudian mengarahkan Henderson membayar ganti rugi berkenaan berserta yuran guaman Downing dan kos lain yang dianggarkan mencecah hampir 100,000 pound (RM526,997).

Henderson juga ketika itu diperintah untuk membayar ganti rugi serta kos sebanyak 65,000 (RM342,548).

Baca:

Ruhainies disaran ‘sondol’ laki Emma Maembong? Lain macam cadangan netizen

Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk, imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Lebih setengah juta tuntutan palsu, SPRM tahan anak MB Perlis