Realtime website trackingweb stats

Tak puas hati PM Bangladesh lari tinggalkan negara, rakyat ‘rembat’ barangan peribadi PM

Oleh NUR KASIH

Umum mengetahui bahawa Bangladesh kini sedang mengalami kekacauan akibat pengasingan peluang pekerjaan mengikut kuota,

Ini yang menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan ramai anak muda negara itu.

sehingga mendorong mereka untuk melakukan tunjuk perasaan

Demonstrasi ini menyebabkan pihak tentera Bangladesh bertindak balas dengan kekerasan, dan setakat ini, angka kematian dilaporkan mencecah 300 orang.

Terbaru, Perdana Menteri Sheikh Hasina dikhabarkan telah meletak jawatan dan melarikan diri ke ‘tempat selamat’.

Tak puas hati PM Bangladesh lari tinggalkan negara, rakyat 'rembat' barangan peribadi PM

Selepas beliau meninggalkan negara tersebut, penunjuk perasaan dilihat merompak pelbagai barangan dari kediaman rasmi Ganabhaban yang terletak di Dhaka, Bangladesh.

 

Laporan dan gambar yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai mengambil perabot, ternakan, dan barangan makanan seperti arnab, ayam, dan ikan.


Malah, ada penunjuk perasaan yang dilihat menikmati makanan seperti nasi biryani dan lauk-pauk yang berada di dapur kediaman tersebut.

Di samping itu, penunjuk perasaan juga dilaporkan merosakkan harta benda di kawasan itu, termasuk mengalihkan tugu Sheikh Mujibur Rahman, pengasas Bangladesh, dan membakar pejabat parti Liga Awami.

BACA:Β β€˜Aku rasa kau tak sesuai kerja sini’ Lelaki terkilan dipecat gara-gara terlupa lap satu tingkap