Isu penindasan terhadap pekerja membuktikan masih ramai majikan yang tidak mempedulikan kebajikan dan kemanusiaan.
Melalui laman X, seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa penindasan apabila perkhidmatannya ditamatkan tanpa notis atau sebab yang munasabah.
“Saya diberhentikan kerja tanpa sebarang surat, surat amaran, atau alasan yang wajar.
“Alasan yang diberikan tidak masuk akal… saya rasa anda tidak sesuai bekerja di sini,” katanya dengan kecewa.
Lelaki ini difahamkan bekerja dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman (F&B), tetapi butiran lanjut tidak dinyatakan.
Dalam ciapan yang sama, lelaki itu turut berkongsi tangkap layar mesej pemberhentian kerja yang dipercayai dihantar kepadanya pada hari Ahad.
“Salam, ini minggu terakhir anda bekerja. Minggu depan tidak perlu datang lagi. Terima kasih untuk beberapa minggu ini.
“Aku rasa kau tidak sesuai bekerja di sini. Minggu ini boleh pulangkan baju dan apron,” kata mesej yang dipercayai daripada wakil pengurus tempat dia bekerja.
Lelaki itu menyatakan dia diberhentikan tanpa sebarang surat rasmi, amaran, atau sebab yang munasabah.
Menurut salah satu respons yang diberikan kepada netizen dalam ciapan balas, lelaki tersebut berkata pemberhentian itu mungkin disebabkan kesilapan kecil yang dilakukan.
“Sebabnya, saya tertinggal lap satu tingkap. Kemudian ada masalah dengan incharge,” jelas lelaki itu.
Perkongsiannya mendapat simpati ramai dengan ramai yang menyarankan dia mengambil tindakan terhadap majikan tersebut.
Sehubungan dengan tularnya luahannya, lelaki itu muncul dengan perkongsian baru pada petang Isnin.
Dia sekali lagi berkongsi tangkap layar mesej daripada wakil majikan untuk menjelaskan tentang kesalahpahaman yang berlaku.
“Aku kena masuk balik ke? Dan selesaikan masalah ini dengan cara baik?” tulis lelaki itu mengiringi tangkap layar tersebut.
Mesej itu menyatakan terdapat kesalahan komunikasi berhubung proses pemberhentian kerja. Dinyatakan juga bahawa syarikat hanya akan menamatkan perkhidmatan pekerja selepas mengeluarkan tiga surat amaran mengenai pelbagai kesalahan di tempat kerja.
Susulan itu, lelaki tersebut dipanggil kembali bekerja tetapi diberikan amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan sebelum ini.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan tindakan lanjut lelaki tersebut sama ada akan kembali bekerja atau tidak.
BACA: Lelaki ‘Make Over’ bilik sewa jadi macam hotel untuk ibunya