Kebanyakan individu pasti mempunyai impian untuk mengadakan majlis perkahwinan kerana ia merupakan satu-satunya peristiwa dalam seumur hidup.
Oleh itu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan impian tersebut, termasuklah membuat simpanan kewangan bersama pasangan yang dikasihi.
Pencipta kandungan digital, Shaa Ismail, berkongsi beberapa tip kewangan yang diamalkannya bersama suaminya,
Ali Ridhwan, sebelum mereka menubuhkan rumah tangga pada 6 Disember 2019.
Beliau menerangkan bahawa konsep simpanan bermula dengan jumlah yang kecil dan berkembang seiring berjalannya waktu.
“Saya telah mula menabung sejak dari pertunangan, jadi segala jenis pendapatan bersama akan disimpan dalam tabungan.
Tetapi untuk belanja harian seperti top up, minyak, atau rokok… kami tidak akan mengganggu duit dalam tabungan.
“Kami memilih untuk menggunakan cara ini kerana saya adalah seorang yang suka membelanjakan wang dan selalu menghabiskan duit di bank. Kami juga menyediakan dua jenis beg duit, satu untuk perbelanjaan harian dan satu lagi untuk simpanan,” jelasnya.
Kaedah 1
1 haribulan simpan RM1, 2 haribulan simpan RM2 sampailah seterusnya 30 haribulan RM30.
Kalau pasangan buat perkara yang sama, jumlah tersebut boleh didarabkan dua dan dapatlah RM930 sebulan.
Andai kata ada buat simpanan pada hari ke 31, jadi total untuk setahun adalah RM11,904
Kaedah 2
Hanya simpan RM2 setiap hari sehinggalah 30 haribulan.
Total simpanan adalah RM60 dan jika dicampur dengan pasangan, anda akan ada RM120 sebulan.
Teruskan selama setahun, jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,440.
Kaedah 3
Jika mempunyai banyak komitmen, apa kata guna kaedah ini yang menetapkan simpanan sejumlah RM1 setiap hari.
Buat bersama pasangan dan lakukan selama setahun, jumlah keseluruhan adalah RM720.
Meskipun tidak banyak, namun ia dapat membantu anda apabila terdesak.
BACA:Â Ikut 6 cara rebusan spaghetti barulah sama dengan chef Itali, tapi no.5 tu ramai tak buat