Realtime website trackingweb stats

Ikut 6 cara rebusan spaghetti barulah sama dengan chef Itali, tapi no.5 tu ramai tak buat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Banyak yang percaya bahawa pasta kering mudah disediakan hanya dengan mereneh di dalam periuk sehingga lembut.

Tetapi jika tekniknya salah, pasta tidak hanya tidak enak dimakan tetapi juga lembik dan melekit.

Terdapat banyak jenis pasta dengan pelbagai bentuk seperti angel hair, spaghetti, macaroni, fettucine, farfalle, conchieglie, gnocchi, orzo, penne, ravioli, dan fussili.

Untuk mengelakkan pembaziran dan memastikan pasta anda lazat seperti yang disediakan oleh chef hotel lima bintang

Elakkan enam perkara berikut seperti yang dikongsikan oleh ‘food network’.

Ikut 6 cara rebusan spaghetti barulah sama dengan chef Itali, tapi no.5 tu ramai tak buat

1. Letak minyak di dalam air rebusan pasta

Meletakkan minyak di dalam air rebusan tidak akan menghalang pasta daripada melekat antara satu sama lain. Ini malah akan menyebabkan sos yang dimasak tidak dapat meresap ke dalam pasta dan menyukarkan anda menikmatinya.

2. Elak rebusan air yang kurang

Rebusan pasta memerlukan air yang banyak kerana kekurangan air akan melambatkan tahap kepanasan suhu. Ini menyebabkan pasta yang dimasak akan lambat ’empuk’ dan melekit kerana memerlukan tempoh yang lama.

3. Lebihkan campuran garam

Memasukkan garam yang banyak ke dalam air rebusan adalah penting untuk memberi rasa kepada pasta dan mengelakkan pasta daripada mengecut.

4. Terlebih masa merebus

Pastikan anda menyelamatkan pasta beberapa minit selepas ia masak dan masukkan ke dalam sos yang disediakan untuk memastikan ia bercampur sebati.

5. Bilas pasta selepas merebus

Membilas pasta selepas merebus membantu membuang kanji yang masih terdapat pada pasta dan membolehkannya meresap dan sebati bersama hidangan sos.

6. Buang air rebusan

Kunci kesedapan hidangan pasta adalah dengan menggunakan air rebusan dan mencampurkannya ke dalam sos pasta untuk meningkatkan rasa hidangan. Tetapi jangan ambil kesemua air itu kerana ia agak masin.

BACA: Menabung cara ini paling sesuai untuk orang boros, ini kaedahnya