Realtime website trackingweb stats

Tak payah susah-susah cuci di kedai, individu ajar cara kilatkan semula emas kusam hanya guna serbuk teh

Oleh FATIN AQILAH

Seperti yang kita tahu, perhiasan diri lebih mudah pudar dan kusam jika dipakai setiap hari.

Selain menghantarnya ke kedai, anda juga boleh mencuba cara mengilatkan barang kemas seperti berikut.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna aplikasi Facebook berkongsi cara untuk mengilatkan barang kemas yang kusam, yang diajar oleh arwah ibunya.

Menurutnya, arwah ibunya pernah berpesan bahawa jika ingin mencuci barang kemas, tidak perlu ke kedai kerana boleh melakukannya sendiri di rumah.

“Arwah mak selalu pesan, kalau nak cuci emas tak payah susah-susah pergi kedai. Cuci sahaja sendiri di rumah kerana lebih selamat, cepat, dan puas hati,” katanya.

Tak payah susah-susah cuci di kedai, individu ajar cara kilatkan semula emas kusam hanya guna serbuk teh

Cara mengilatkan barang kemas yang kusam memerlukan:

-Serbuk teh
-Berus gigi

Cara penyediaan:

1. Ambil sedikit serbuk teh dan rendam dalam air suam sehingga air berubah warna.

2. Masukkan barang kemas ke dalam air serbuk teh dan biarkan seketika.

3. Gunakan berus gigi dan gosok barang kemas untuk menghilangkan kotoran degil serta daki yang melekat.

4. Bilas menggunakan air bersih dan barang kemas sedia untuk digunakan.

Cara ini terbukti berkesan, dan anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.

Kalau guna sabun biasa cuci emas kusam boleh ke?

Ya, anda boleh menggunakan sabun biasa sebagai alternatif untuk mengilatkan barang kemas. Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mencuci barang kemas menggunakan sabun biasa:

Bahan-bahan:

-Sabun biasa (sabun pencuci pinggan atau sabun mandi)
-Air suam
-Berus gigi lembut

Cara penyediaan:

1. Campurkan sedikit sabun biasa ke dalam air suam dan kacau sehingga sabun larut sepenuhnya.

2. Rendam barang kemas ke dalam air sabun selama 10-15 minit untuk melonggarkan kotoran yang melekat.

3. Gunakan berus gigi lembut untuk menggosok barang kemas dengan lembut, terutamanya di bahagian-bahagian yang sukar dicapai.

4. Bilas barang kemas dengan air bersih sehingga sabun hilang sepenuhnya.

5. Lap barang kemas dengan kain lembut sehingga kering dan berkilat.

Kaedah ini juga berkesan untuk menghilangkan kotoran pada barang kemas anda. Pastikan berus gigi yang digunakan lembut supaya tidak merosakkan permukaan barang kemas.

BACA: Berjaya terjual dengan harga RM140000, harga RXZ ‘unregistered’ sama dengan Ducati