Ketika dunia media sosial heboh dengan kisah Honda Day, satu kejadian lain pula berlaku dalam dunia permotoran Yamaha RX-Z baru-baru ini.
Tular di sebuah kumpulan Facebook, sebuah model RX-Z Catalyzer ‘unregistered’ terjual dengan harga RM140,000.
Motosikal itu dibeli oleh seorang pengasas terkenal di platform TikTok, dan jualan tersebut dipercayai dilakukan melalui sesi Live TikTok baru-baru ini.
Menjenguk ke ruangan komen, ramai warganet sangat terkejut apabila mengetahui bahawa ‘motor lama’ tersebut terjual pada harga setinggi itu.
Dalam masa yang sama, ramai beranggapan bahawa ini sekadar satu gimik pemasaran untuk menarik pengikut semata-mata.
Sebelum ini, terdapat seorang pemilik RX-Z Catalyzer keluaran tahun 2002 yang meletakkan harga mencecah RM120,000.
Lebih luar biasa lagi, ada individu yang sanggup menukarkan tanah lot di Kelantan untuk mendapatkan motosikal model yang sama.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio