Realtime website trackingweb stats

Tak payah beli dah lepas ni, ini cara buat mexican bun macam ‘Roti Boy’ di rumah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Mexican bun ini memang mempunyai ramai peminat. Jika anda lalu di depan kiosk roti ini

Ramai pasti terjebak untuk membelinya kerana baunya yang harum.

Jika ramai dalam keluarga yang menyukai roti ini, eloklah kita belajar membuatnya sendiri.

Anda boleh mengikuti cara yang dikongsi oleh Amy Akim ini.

Bahan untuk Roti:

Tak payah beli dah lepas ni, ini cara buat mexican bun macam 'Roti Boy' di rumah

300 gram atau 3 cawan tepung gandum
70 gram gula
30 gram marjerin
1 biji telur
1 sudu besar mauripan
150 ml susu segar
Esen vanila
Secubit garam
Salted Butter atau Buttercup (untuk inti)

Bahan Topping:

-50 gram tepung gandum
-40 gram gula
-60 gram marjerin
-1 biji telur
-2 sudu besar Nescafe dan air suam (secukupnya untuk melarutkan)
-Esen vanila

Cara Membuat:

1.Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula. Biarkan selama 10 minit.

2.Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, masukkan telur, secubit garam, dan esen vanila.

3.Tambahkan bancuhan yis/mauripan yang telah disediakan. Uli hingga adunan tidak melekat di tangan. Tambah sedikit tepung jika adunan terlalu lembik. Uli doh selama 10 minit; lagi lama anda uli, lagi lembut doh roti yang dihasilkan.

4.Tutup doh dengan kain lembap atau napkin. Perap doh selama 1 jam.

5.Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.

6.Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Setiap bahagian sekitar 50 gram, sehingga anda boleh mendapatkan 13 biji roti.

7.Masukkan butter ke dalam doh sebagai inti roti dan bulat-bulatkan. Letakkan di atas baking tray yang telah disapu marjerin. Tutup dan biarkan selama 10 minit.

8.Sementara itu, sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian masukkan bahan-bahan lain. Akhir sekali, masukkan tepung dan blend hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam piping beg.

9.Buat lingkaran topping dari tengah roti. Pastikan topping tidak sampai ke bawah kerana ia akan cair semasa proses pembakaran.

10.Panaskan oven selama 10 minit, kemudian bakar roti dengan api atas dan bawah pada suhu 170°C selama 20 minit, bergantung kepada suhu oven masing-masing.

BACA: Orang tersayang pergi buat selamanya, ini cara padam akaun Insta ahli keluarga yang dah meninggal dunia