Realtime website trackingweb stats

Orang tersayang pergi buat selamanya, ini cara padam akaun Insta ahli keluarga yang dah meninggal dunia

Oleh ABDULLAH HAMID

Apabila seseorang individu meninggal dunia, akaun media sosial seperti Instagram dan Facebook tetap aktif

selagi tidak dipadam oleh pasangan, ahli keluarga, atau rakan terdekat.

Keputusan untuk membiarkan akaun arwah terus aktif atau memadamnya adalah terletak pada waris.

Ada yang memilih untuk membiarkan akaun Instagram si mati terus aktif sebagai kenangan untuk ditatap oleh mereka yang ditinggalkan.

Namun, terdapat juga waris yang ingin memadamkan akaun tersebut,

Orang tersayang pergi buat selamanya, ini cara padam akaun Insta ahli keluarga yang dah meninggal dunia

mungkin kerana terdapat gambar yang tidak sesuai untuk dipaparkan, tetapi tidak tahu cara untuk melakukannya.

Sebenarnya, terdapat cara mudah untuk memadam akaun Instagram, tetapi proses ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat. Untuk melakukannya, anda perlu memuat naik maklumat berkaitan si mati.

Melalui pautan yang disediakan, anda hanya perlu mengisi maklumat ringkas seperti yang diperlukan.

Sebagai bukti bahawa anda adalah waris terdekat atau keluarga, anda perlu memuat naik dokumen seperti sijil kematian, sijil lahir, atau apa sahaja bukti yang menunjukkan hubungan anda dengan si mati.

Bagi media sosial Facebook pula, anda boleh mengikuti panduan yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter tentang cara untuk memadam akaun.

BACA: Hanya kerana mak terbuang koleksi buku komik, remaja nekad saman mak sendiri