“Tak kelakar la” – Gara – gara sebuah ‘content’ libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pelakon Baim Wong selalu menarik perhatian ramai melalui video-video yang dia kongsikan di media sosial.

Yang terbaru, Baim, yang berumur 43 tahun, telah berkongsi video keluarganya melakukan trend memecahkan telur di dahi, seperti yang dilakukan oleh ibu bapa di luar negara.

Pelakon tersebut merakamkan reaksi anak lelaki beliau, Kiano, yang berumur 4 tahun, dan Kenzo, yang berumur 2 tahun, apabila telur dilepaskan di dahi mereka.

Tujuan video tersebut ialah untuk melihat perbezaan reaksi setiap anak berdasarkan zodiak kelahiran mereka.

Dalam video itu, Kiano menunjukkan reaksi yang tenang apabila telur tidak pecah, manakala Kenzo menunjukkan tanda-tanda kesakitan.

 "Tak kelakar la" - Gara - gara sebuah 'content' libatkan anak, tindakan pelakon ini dikecam netizen

Video itu mendapat teguran daripada pengguna internet apabila Baim disifatkan sebagai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab.

Mereka berpendapat tindakan Baim tidak menyenangkan bahkan berbahaya untuk anak-anaknya.

“Kalau putih telur itu terkena mata, boleh datangkan bahaya…beragak sikit walaupun bergurau.

“Tak kelakar tindakan itu, kasihan anak-anak dia…boleh terkena bakteria yang ada dalam telur,” komen netizen.

Untuk makluman, Kiano dan Kenzo merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Baim dan Paula Verhoeven, 37, sejak 2018.

Baca:

Mahu tampil bersemuka, Ruhainies sedia mohon maaf setulus hati?

Kemesraan Syed Saddiq dengan anak Bella jadi bualan, ada apa-apa ke?

Ini respon selepas tular ‘screenshot’ NRF & Aliff Aziz, adakah Bella sudah ‘penat’?