Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua, ini 10 pesan Allahyarham Pak Su Mid patut dah amalkan

Oleh AHMAD ISMAIL

Allahyarham Pak Su Mid merupakan ulama terkenal Kedah dari Kuala Nerang yang sentiasa menjadi rujukan orang ramai untuk mendapatkan nasihat.

Tuan Guru Abdul Hamid Ismail yang meninggal dunia pada 2022 ini kerap mengingatkan orang ramai termasuk keluarganya agar tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup.

Kembali menemui Ilahi dalam usianya 96 tahun, Pak Su Mid semasa hayatnya sentiasa menerima kunjungan daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada pemimpin negara sehinggalah golongan agama untuk mendapatkan nasihat.

Berikut 10 amalan akhir zaman daripada Pak Su Mid:

1. Seelok-eloknya makan hanya nasi, telur dan sayur sahaja.

Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua, ini 10 pesan Allahyarham Pak Su Mid patut dah amalkan

2. Tidak makan di luar.

3. Tidak makan makanan berproses seperti bihun, kuetiau dan mi.

4. Berpuasa setiap Isnin dan Khamis.

5. Pakaian selalu bersih dan suci dari najis.

6. Solat tidak boleh tertinggal satu waktu pun, maknanya tiada istilah qada.

7. Kurangkan pergaulan dengan masyarakat sekeliling.

8. Sentiasa dalam berwuduk. Selepas batal ambil semula dan solat sunat 2 rakaat.

9. Lazimkan membaca al-Quran setiap hari. Jangan keluar rumah sebelum menatap wajah dan membaca Quran terlebih dahulu.

10. Sentiasa berselawat.

Kredit pesanan di atas oleh Facebook Pondok Habib.

Baca:

Terbongkar dah rahsia surut bengkak di tengkuk, imam ini rupanya ada cara tampil lebih fit

Lebih setengah juta tuntutan palsu, SPRM tahan anak MB Perlis

Apa maksud Ruhainies tunjuk santai makan Oyster, siap tulis ‘setiap yang berlaku ada sebab’