Realtime website trackingweb stats

Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam

Oleh AHMAD ISMAIL

Seorang pengguna laman X baru-baru ini dianggap curi duit orang selepas mengaku telah menggodam satu akaun bank seorang rakyat Israel.

Kejayaannya itu dikongsi di laman sosial tersebut berserta tangkap layar kod data yang dipercayai milik rakyat Israel.

“Nah, pergi shopping… holla Tel Aviv,” kata pemilik akaun Dragon Force IO.

Dia juga mendakwa sudah terdapat orang yang berjaya melakukan transaksi menggunakan data itu sebaliknya bagi yang tidak dapat membuat transaksi mungkin sudah sampai had.

Walau bagaimanapun, rata-rata reaksi mengkritik tindakan mereka yang membeli barangan seperti iPhone 15 Pro Max dan kerusi gaming hasil godaman kad kredit rakyat Israel itu.

Ada yang menyarankan jika ada tindakan ‘hack’ lagi selepas ini sepatutnya disalurkan terus kepada rakyat di tanah Palestin kerana mereka lebih memerlukan.

Malah, penggodam sewajarnya memasukkan duit itu ke dalam tabung kemanusiaan Gaza bagi tujuan menggantikan semula kemusnahan tanah air yang dilakukan rejim Zionis Israel.

“Gunalah bagi pada Palestin. Janganlah curi pula. Dah curi pergi guna akaun Shopee.

“Min (admin), jangan buat kerja macam ni Min. Kita nak bantu saudara Islam. Tapi tak boleh mencuri. Haram,” demikian antara teguran dan nasihat warganet.

Dalam masa sama, warganet juga mencadangkan supaya mereka yang pakar tentang perisian atau aplikasi menggodam sistem ketenteraan zionis Israel pula.

“Kalau godam Iron Dome (sistem pertahanan udara milik Israel) lagi padu. Senang Hamas nak lancar roket. Setakat ini Iron Dome yang hentikan roket Hamas.

“Nak minta supaya senjata dia meletup di situ sendiri je. Biar semua rosak tak boleh pakai,” kata netizen lagi.

Gaza yang sejak tahun 2007 hidup dalam kepungan Zionis Israel dihujani bom tanpa henti, malah hospital, masjid dan gereja juga tidak terkecuali telah dimusnahkan.

Sehingga 20 Oktober, sekurang-kurangnya 4,137 penduduk Gaza terkorban manakala lebih 13,000 orang lagi cedera dalam keganasan Israel paling berdarah sejak 7 Oktober lalu.

Jutaan penduduk Gaza di wilayah padat di dunia itu juga berdepan krisis bekalan air, elektrik dan makanan.

Sejumlah hospital yang masih berbaki di Gaza pula sudah terpaksa melakukan operasi pembedahan dengan terpaksa bergantung pada nyalaan lampu dari telefon bimbit akibat tiada bekalan elektrik.

Baca:

Kerana minat, lelaki Malaysia jejak ‘Kak Ponti’ sampai ke Jepun, dua bulan kumpul duit tapi berbaloi

Yang mana letak gambar profil ada Menara Eiffel, dah boleh fikir dua kali lepas tengok gambar ini

Suka intip ibu dan ayah angkat sedang tidur waktu malam dedah penyakit sebenar Natalia yang menyeramkan