Pasangan Kristine dan Michael Bernett mengambil seorang gadis muda sebagai anak angkat pada tahun 2010.
Gadis itu bernama Natalia Grace.
Pasangan ini gembira dengan kedatangan Natalia dalam keluarga mereka kerana mereka telah lama mengimpikan seorang anak perempuan.
Walau bagaimanapun, kebahagiaan mereka merupakan permulaan kepada kesengsaran hidup mereka sekeluarga.
Natalia mula menunjukkan reaksi dan tindakan pelik yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri seorang budak pada dirinya.
Natalia suka tengok cerita seram. Bukan itu saja dia juga telah mengancam untuk membunuh adik angkatnya serta mencederakan mereka dengan pisau.
Natalia juga selalu mengintip ibu dan ayah angkatnya yang sedang tidur pada waktu malam.
Kejutan sebenar datang apabila Kristine melihat bulu ketiak dan gigi Natalia yang kelihatan tidak sesuai dengan usia sebenar kanak-kanak.
Natalia akhirnya dihantar ke pusat penjagaan apabila pihak berkuasa menegaskan bahawa dia sebenarnya remaja yang mengalami gejala “dwarfism,” yang membuatnya kelihatan seperti kanak-kanak, tetapi umurnya sebenarnya sudah dewasa.
Ini adalah kisah menakutkan yang menunjukkan bahawa penampilan luaran seseorang tidak selalu mencerminkan kebenaran tentang siapa mereka sebenarnya.
Kalau tak silap ada satu movie orang putih yang dibuat berkisarkan kejadian ini iaitu Orphan (2009)
Apa pun, seram kan manusia macam ni. Tak sangka dia kejam padahal kelihatan seperti budak.
Baca :
Gara-gara ‘aset’ miliknya dah 3 hari tak mahu turun, lelaki ini terpaksa tebal muka pergi hospital
Tiada yang mampu tandingi kecantikan Jisoo Blackpink, dua kali dinobat wanita paling cantik di dunia