Realtime website trackingweb stats

Suspek tembakan Setia Alam City Mall ditembak mati Polis di Pulau Ketam

Oleh ABDULLAH HAMID

Suspek tembakan Setia Alam City Mall ditembak mati Polis di Pulau Ketam. Suspek kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam akhirnya ditumpaskan polis dalam satu operasi di sebuah hotel di Pulau Ketam, berhampiran Pelabuhan Klang.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 3 pagi, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Bukit Aman bertindak mengepung lokasi sebelum berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan suspek.

Menurut Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, suspek yang ditembak mati merupakan seorang lelaki tempatan berusia pertengahan 30-an.

Suspek tembakan Setia Alam City Mall ditembak mati Polis di Pulau Ketam

Rekod Jenayah dan Senjata Api Ditemui

Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah, termasuk tujuh kes samun serta satu kesalahan berkaitan dadah.

Turut ditemui dalam bilik hotel yang diduduki suspek ialah dua senjata api yang telah dimuatkan dengan peluru.

Kronologi Insiden Tembakan di Setia Alam

Kejadian berlaku pada 8 Februari sekitar jam 10 malam, apabila suspek dikatakan melepaskan empat das tembakan di dalam sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.

Mangsa yang terkena tembakan merupakan seorang tukang cuci, dipercayai ditembak selepas mengarahkan suspek memindahkan barang-barangnya.

Lebih mengejutkan, suspek yang dipercayai di bawah pengaruh dadah bertindak melarikan diri sambil melepaskan beberapa lagi tembakan, sebelum memaksa seorang pemandu membawanya keluar dari kawasan tersebut.

Dia kemudian meninggalkan kenderaan itu berhampiran Lebuhraya Kesas, Shah Alam, sebelum menghilangkan diri – sehingga akhirnya berjaya dijejaki polis di Pulau Ketam.

Dengan tertumpasnya suspek ini, polis kini sedang menyiasat lebih lanjut mengenai sumber senjata api yang dimilikinya serta kaitan dengan kes jenayah lain.

BACA LAGI :

Tak sempat tembak dah ‘kantoi’, percubaan bunuh Trump kali kedua gagal lagi

Peniaga terpaksa buang satu periuk besar sup, rugi RM2000 hanya kerana seekor gagak ditembak MBSP

Pempengaruh ditembak tiga kali sebelum penyerang larikan diri, sempat ‘upload’ menu sotong kurita