Seorang individu yang mempunyai pengaruh besar dalam dunia media sosial di Ecuador telah dilaporkan meninggal dunia akibat dari tembakan di sebuah restoran di bandar Quevedo selepas mengongsikan gambar hidangan sotong kurita ‘ceviche’ di akaun Instagramnya.
Semasa berlaku insiden tersebut, Landy Parraga Goyboru, 23, sedang menjamu selera tengah hari bersama seorang kawannya di sebuah restoran.
Tiba-tiba, dua orang lelaki memasuki restoran tersebut selepas menjejaknya sehingga ke tempat tersebut.
Kejadian tembakan telah direkodkan oleh kamera penjaga keselamatan (CCTV) di restoran tersebut.
Pada rakaman tersebut, pempengaruh telah ditembak tiga kali sebelum penyerang berjaya melarikan diri.
Dalam klip video yang sama, individu tersebut kelihatan terbaring dan didakwa telah meninggal dunia.
Namun, sebab sebenar di sebalik kejadian tragis ini masih belum dapat dipastikan.
Setelah berita itu tersebar, beberapa anggapan muncul yang menyatakan bahawa Goyboro didakwa terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang pengedar dadah bernama Leandro Norero.
Norero telah meninggal dunia semasa rusuhan di dalam penjara pada akhir tahun 2020.
Walau bagaimanapun, kematian pengedar dadah tersebut tidak dapat disahkan, dan pihak polis mengesyaki bahawa isterinya mungkin terlibat dalam pembunuhan pempengaruh itu.
Spekulasi mendakwa bahawa Goyburo terlibat dengan sekumpulan ketua samseng terkenal dan penyiasatan rasuah yang melibatkan pegawai kehakiman dengan jenayah terancang.
Polis belum membuat kenyataan rasmi berkenaan motif kejadian dan tindakan mangsa memuat naik gambar makanan ke akaun Instagramnya mungkin berlaku secara kebetulan semasa serangan berlaku di restoran itu.
Goyburo, yang mempunyai 180,000 pengikut di Instagram, dikenali sebagai seorang model yang sering menunjukkan gaya fesyen dalam pakaian sukan dan turut menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Ecuador 2022.
Baca:
Proses masak yang minima, resipi kuih getas lembut sungguh menyelerakan, cubalah!
Sebelum pergi hospital, cek dulu sistem pencernaan badan guna kunyit hidup, gosok-gosok je!