“Tak perlu rasa ‘insecure’ (tidak selamat), saya hanya menjalankan tugas.”
Itu kata-kata dilontarkan pelakon popular, Sophia Albarakbah, isteri kepada mana-mana pelakon lelaki agar tidak perlu risau jika suami mereka berlakon bersama dengannya dalam drama atau filem.
Sophia, 30, menyatakan bahawa perasaan seperti itu sepatutnya tidak timbul, kerana dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pelakon semasa berada di lokasi penggambaran dan bukanlah satu ancaman kepada sesiapa.
“Tak perlu rasa ‘insecure’ (tidak selamat) sebab saya hanyalah wanita biasa dan manusia normal.
“Namun, semua itu terpulang kepada pendirian masing-masing, tiada yang perlu diulas lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Dengan tegasnya, pelakon filem Miimaland tersebut menjelaskan bahawa dia sentiasa tidak pernah mencampuradukkan urusan kerja dan peribadi Baginya, adalah penting untuk menjalankan tugas dengan penuh profesional dan berjaya dalam melakonkan watak yang diberikan.
“Saya memang profesional apabila bekerja, walau apapun terjadi, saya melakonkan watak yang diberikan sahaja.
“Jadi, tak perlu nak rasa takut atau bimbang sebab saya bukan ancaman pun.
Pada akhirnya, semuanya mengenai kepercayaan terhadap pasangan masing-masing,” katanya lagi.
Ketika dia menjadi pilihan utama penerbit untuk drama dan filem, Sophia melihat perkembangan positif ini sebagai sesuatu yang datang kepada dia adalah rezeki, dan bukan atas sebab-sebab kontroversi yang baru-baru ini mempengaruhinya.
“Alhamdulillah, saya percaya penerbit dan pengarah mengambil saya berlakon bukan kerana kontroversi semata-mata tetapi disebabkan bakat dan sudah tertulis rezeki saya,” ujar pelakon siri From Saga With Love itu.
Sebelum ini, nama Sophia sering dikaitkan berkerjasama dengan beberapa pelakon lelaki yang lain.
Salah satu yang paling hangat dibincangkan adalah desas-desus mengenai hubungan di lokasi penggambaran dengan Aliff Aziz dalam drama “Ku Akad Kau Dengan Bismillah.”
Baca :
Jerit marah sambil baca teks, cara Ahli Parlimen ini berbahas jadi bualan warganet
Menteri nak muntah serbu bilik sewa saiz ‘liang lahad’, “memang tiada ciri kemanusiaan”
MYTV dedah punca gantung operasi Awesome TV bermula 2 November