Realtime website trackingweb stats

Semua ‘stage’ menakutkan, jadi usah ditanya -Bekas pesakit kanser ini kongsi 6 adab ziarah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Adab ziarah pesakit lebih-lebih lagi penghidap kanser perlu menjaga emosi mereka.

Bagi orang yang ingin melawat pesakit kanser, jagalah lidah dan perasaan agar tidak mengguris perasaan mereka tanpa sedar.

Ikuti perkongsian ZURAINI KAMAL yang juga merupakan bekas pesakit kanser buat peringatan kita bersama semasa menziarahi mereka yang diuji penyakit ini:

Semua 'stage' menakutkan, jadi usah ditanya - Bekas pesakit kanser ini kongsi 6 adab ziarah

Bagaimana untuk menyantuni pesakit kanser? Apa yang sesuai untuk diperkatakan apabila menziarahi saudara atau sahabat kita yang menghidap kanser?

Bagaimana kita dapat membantu sahabat dan ahli keluarga pesakit kanser?

Ziarah dengan niat ukhwah `Lillahita’ala’ (untuk mendapat keredhaan Allah SWT) – jangan menjadi doktor walaupun anda mungkin seorang doktor perubatan.

Just be a friend! Tak perlu bagi nasihat, tak perlu bagi cadangan tentang pemakanan ataupun rawatan kecuali jika pesakit minta pandangan dan nasihat anda.

Adakalanya kami dah letih mendengar `medical advice’. Jadi, bila datang berziarah, sembanglah secara santai.

Be a shoulder to cry on. Kalau dah tiada idea nak sembang, hanya dengarkan suara mereka. Berilah ruang kepada pesakit kanser bercerita meluahkan perasaan. Anda hanya perlu mendengar dengan senyuman.

1. Jangan sama sekali tanya tahap kanser berapa

Tahap 1 – Tahap 2 – Tahap 3 – Tahap 4!
Bagi pesakit kanser, semua Tahap itu sama. Semua Tahap itu menakutkan.
Canser is still cancer!

2. Bawalah buah tangan atau buah-buahan.

Bila datang ziarah moleklah jangan datang hanya dengan senyum dan doa. Bawalah sesuatu untuk mengembirakan hati pesakit dan keluarga mereka.

Siapa tak suka menerima hadiah, ‘kan? Pemberian itu adalah tanda ingatan dan kasih sayang kita.
InshaAllah dapat pahala membawakan makanan.

3. Seelok-eloknya buatlah `Tabung Prihatin’ kutiplah sedikit sumbangan. Bantulah kewangan pesakit kanser dan keluarga mereka.

Kanser adalah penyakit yang sangat mahal rawatannya. Kalau ada rakan kumpulan WhatsApp dalam 30 orang, seorang contohnya menyumbang RM10, dah dapat kumpul RM300.

Apa guna ada kumpulan WhatsApp kalau ada yang sakit tak boleh nak pakat bantu seorang serba sedikit, ‘kan.

RM10 atau RM5 hanyalah harga sepinggan nasi. Berpuasalah kita pada hari tersebut untuk kita infakkan kepada rakan kita yang lebih memerlukan. InshaAllah, Allah akan ganti berkali ganda.

4. Nak bergambar?

Seelok-eloknya adab berziarah sila mohon izin sebelum ambil gambar dan maklumkan jika gambar ingin dimuatnaik di Facebook atau Instagram. Berilah ruang pesakit untuk `bersiap dan jagalah aurat mereka’.

Ada pesakit yang tidak suka `gambar sakit diambil’ kerana hanya mahu tampil cantik atau segak dan ceria sahaja.

5. Ambil berat jika jiran yang mendapat kanser.

Tanyakan keperluan mereka. Pengurusan anak-anak dan pemakanan pesakit kanser.

6. Pernah seorang sahabat terpaksa meninggalkan isterinya terlantar sakit di rumah seharian kerana beliau terpaksa pergi bekerja.

Si isteri yang sakit terbaring hanya mampu makan dan minum apa yang ada disediakan di tepi katil.

Saya pun pernah melalui pengalaman terbaring sepanjang hari di rumah seorang diri. Nak masak tak larat.

Akibatnya, saya tak makan seharian hinggalah keesokkan harinya seorang sahabat kebetulan datang menziarahi saya dengan membawa nasi bungkus. Alhamdulillah, dapat saya makan.

7. Jangan jadi ustaz atau ustazah

Tolong jangan kata kanser itu kifarah dosa. Tidak usahlah cakap tentang dosa atau pahala. Kanser bukan satu hukuman dari Tuhan.

Nabi Ayob AS juga sakit berpuluh tahun. Adakah Baginda ditimpa musibah penyakit kerana beliau berdosa?

Ingatlah, kanser bukan hukuman Tuhan. Kanser bukan kematian kerana ramai daripada kami yang `survive’ dan menjalani hidup normal seperti anda semua.

Ketahuilah ramai antara kami yang sembuh setelah menjalani pembedahan dan rawatan radio dan kimoterapi. Saya adalah salah seorang daripada bekas pesakit kanser.

Kanser bukanlah kematian. Mati merupakan pertemuan dengan Allah SWT. Semua kita bercerita tentang nak masuk syurga.

Bagaimana kita akan masuk syurga jika kita tidak melalui kematian?

Baca:

Membesar dengan kompleks PKNS & SACC Mall, warga Shah Alam sedih ia bakal dirobohkan

Isu anak jadi penyondol, Norman Hakim minta Abby Abadi henti ulas isu Marissa Dania kepada umum

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar