Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Oleh NUR KASIH

Bila pulang dari kerja mesti rasa penat, masuk sahaja ke dalam rumah, terhidu aroma yang wangi.

Walaupun badan letih, tetapi rasa segar kembali.

Untuk pastikan rumah sentiasa wangi, kita tidak perlu beli pewangi rumah yang mahal.

Jom cuba DIY pewangi rumah guna 3 bahan ini, badan letih pun boleh jadi segar

Sebenarnya, boleh juga buat sendiri (DIY).

Contohnya, cara yang dikongsi oleh @ericalasri.

Dengan lebih daripada 2 juta tontonan di akaun TikTok, dia tunjukkan cara membuat pewangi rumah yang senang dan murah.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur, hasilnya rumah akan berbau wangi seperti rumah orang kaya, katanya.

Bahan-bahan:

• Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
• Garam kasar
• Kulit kayu manis
• Bunga cengkih.

Cara membuat:

1. Letakkan sedikit garam kasar dalam bekas, jangan terlalu banyak.
2. Masukkan sedikit kulit kayu manis dan cengkih juga, jangan terlalu banyak.
3. Tuangkan pewangi pakaian. Siap!
4. Bila dah tuangkan, bau dia akan menjadi semerbak harum yang lebih baik daripada pewangi rumah yang selalu kita beli.

Untuk hasil yang lebih menarik, gunakan bekas yang cantik.

Semoga membantu!

@ericalasriAda macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐

♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳

Baca:

Selamanya akan digelar penyondol, Zarina Zainuddin nasihat jangan nikahi suami orang

Ulat ‘bersarang’ dalam kurma, pelanggan persoal kualiti kebersihan syarikat pengeluar

Patutlah kereta tersidai di pam petrol rupanya…, ‘spesis’ begini kena tahu apa orang lain kata