Realtime website trackingweb stats

Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba ‘membuang’

Oleh AHMAD ISMAIL

Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba ‘membuang’.

Tabiat membuang air besar mempunyai kaitan dengan usus seseorang. Sudah semestinya faktor pemakanan kaya serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting bagi mengelak sembelit.

Ada individu mempunyai tabiat usus (habit bowel) iaitu melatih ususnya untuk membuang air besar setiap pagi sejurus bangun tidur.

Namun, lain pula dialami seorang lelaki berusia 65 tahun di Britain yang maut akibat sakit jantung ketika membuang air besar selepas terseksa menanggung sembelit selama lebih seminggu.

Memetik The Sun, pakar yang merawat pesakit itu, Dr. Rawdy Reales Rois berkata, warga emas itu pada awalnya tiba di unit kecemasan dalam keadaan mengalami sakit dada, loya dan perlu pergi ke tandas.

Malangnya, lelaki itu dikatakan sudah tidak dapat membuang air besar selama tujuh hingga 10 hari.

Keputusan ujian elektrokardiogram pesakit itu normal, tetapi degupan jantungnya semakin laju dan dia mengeluarkan peluh yang banyak.

Pakar tidak menggalakkan untuk memberinya enema rektum seperti yang diminta memandangkan dia mempunyai sejarah masalah jantung.

Sembelit sampai seminggu boleh hilang nyawa, warga emas ini maut ketika cuba 'membuang'.

Prosedur pemberian enema rektum berisiko boleh mengundang kesan sampingan yang mengancam buah pinggang dan jantung pesakit walaupun jarang berlaku.

Sehubungan itu, Rois menggalakkan lelaki itu mengambil ubat untuk melegakan sembelit, tetapi ia tidak memberi kesan yang diingini.

Beliau kemudiannya meninggalkan pesakit itu dan bercadang untuk kembali memeriksanya selepas beberapa jam.

Bagaimanapun, pesakit malang itu mendesak doktor lain pula untuk melakukan prosedur enema rektum.

Seperti yang awal dibimbangkan Rois, pesakit itu mengalami serangan jantung akibat membuang najis dengan begitu pantas.

Proses ‘membuang’ yang mendadak itu rupa-rupanya merangsang saraf vagus dan menyebabkan tekanan darahnya menurun secara tiba-tiba.

Setengah jam selepas itu, pesakit berkenaan disahkan sudah tiada nyawa.

Baca:

Lelaki berkemban di Keretapi Sarong kena kecam, netizen bimbang acara nanti dipandang serong

Kecoh bahasa diguna pada peta laluan LRT di Pulau Pinang, rupanya ada udang di sebalik batu

Sanggup menahan sakit kulit ditusuk jarum, bapa cacah tatu nama anak 667 kali