Durian merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia.
Namun, tidak semua orang menyukai durian, terutamanya kerana baunya yang dianggap busuk.
Mereka yang membawa durian menggunakan kereta sering berdepan masalah untuk menghilangkan bau tersebut. M
enurut petua tradisional, meletakkan serai atau daun pandan di dalam kereta dapat membantu meneutralkan bau durian.
Namun, seorang individu yang dikenali sebagai Gu Lee menyatakan bahawa penggunaan daun pandan dan serai kurang efektif untuk menghilangkan bau durian dengan cepat.
Dalam perkongsian di TikTok, beliau berkata bahawa kaedah ini memerlukan masa yang lama, mungkin sehingga seminggu atau dua minggu, untuk benar-benar menghilangkan bau durian.
Sebagai alternatif yang lebih cepat, Gu Lee menyarankan orang ramai untuk meletakkan beberapa keping roti di dalam kereta.
Menurutnya, roti adalah bahan yang sangat efektif untuk menyerap bau, sekali gus dapat menyingkirkan bau durian dari kenderaan dengan lebih pantas.
“Cara letak roti ini memang terbaik, dalam dua hari ia akan ‘hisap’ (serap) semua bau durian. Kalau awak letak daun pandan atau serai, ia akan ambil masa seminggu ke dua minggu.
Cara ini, dua ke tiga hari boleh selesai masalah,” jelas beliau dalam video tip yang dikongsikan di aplikasi TikTok.
BACA: Sindiket ‘kaunter khas’seludup warga asing masuk ikut pintu depan negara tumpas