Bisan Owda seorang warga Gaza berusia 25 tahun antara mangsa keganasan Israel yang tidak pernah reda dahagakan darah.
Setakat 21 Disember, gadis Palestin ini masih selamat daripada runtuhan bangunan akibat letupan bom.
Sejak 7 Oktober lalu, beliau gigih merakam keadaan penduduk Gaza yang dizalimi dengan pengeboman tanpa henti melalui telefon bimbitnya.
Sebelum kempen genosid terbesar oleh zionis ini meletus, Bisan seorang penduduk Gaza yang ceria bercerita mengenai kehidupan dan budaya Palestin.
Namun, sekarang beliau berkongsikan rakaman video dari dalam hospital dan di jalan-jalan Gaza bagaimana peritnya perjuangan untuk meneruskan hidup.
Bisan dan keluarganya adalah antara lebih sejuta penduduk Gaza yang terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Keadaan persekitaran yang huru-hara semakin menekan diburukkan lagi dengan keupayaan tubuhnya.
Lantaran tidak tahan menanggung tekanan, Bisan berkongsikan tahap kesihatan dirinya ketika perang entah bila akan berakhir.
Ikuti luahan hari Bisan yang dimuatnaik di Facebook beliau atas nama Wizard Bisan pada 21 Disember:
Beberapa hari yang lalu, semasa saya sedang duduk, saya tiba-tiba merasakan bahagian bawah dan kaki saya sangat sakit dan saya tidak boleh berjalan.
Saya duduk selama 24 jam.
Saya sihat selama beberapa hari tetapi sekarang saya mengalami sakit di paha kiri dan bahagian bawah belakang, dan saya tidak dapat bergerak hampir sehari.
Saya tidak dapat menanggung kesakitan!
Adakah anda tahu apa yang menyedihkan?
Dalam kehidupan saya sebelum ini, sebelum 7 Oktober, saya adalah pemain bola keranjang, dan saya kerap melawat doktor sukan saya.
Saya mengalami kesakitan yang sama tetapi kurang dua tahun lalu, beliau memberitahu bahawa saya perlu berehat selama seminggu.
Tempoh rehat itu sebagai tambahan kepada banyak ubat-ubatan dan terapi fizikal kerana masalah pada empat vertebra terakhir di belakang saya. Saya memerlukan banyak pemakanan sihat, senaman, dan cahaya matahari!
Doktor saya cedera dan ditahan di Hospital Indonesia di utara Semenanjung Gaza, selepas tentera Israel mengebom dan menyerang hospital.
Saya tidak mempunyai sebarang akses kepada ubat-ubatan dan terapi fizikal akibat perang.
Apa yang hospital boleh lakukan untuk saya, adalah menasihati saya untuk mengambil beberapa ubat penahan sakit.
Pihak hospital memberitahu saya bahawa ia adalah ketegangan otot yang teruk akibat kesejukan kerana saya tidur di atas tanah sejak perang.
Mereka tidak dapat memberikan rawatan untuk sesiapa kecuali hanya mampu kecederaan.
Untuk ubat penahan sakit, saya tidak menjumpai mana-mana di farmasi. Saya menderita sakit berhari-hari, tidak boleh berjalan, berdiri atau melakukan apa-apa dan setiap hari rasa sakit semakin kuat.
Sampai bila dunia? Sekarang perang sudah masuk hari ke-76, sampai bila?
Baca:
Mudahnya warga asing buat duit di Malaysia, boleh pula pemuda Pakistan menyamar jadi doktor
Kubu bawah tanah dah mula dijual, bilionaire dunia ini lupa kubur dalam tanah itu pasti
‘Nak dapatkan RM100 pun payah’ – Peniaga ini tak faham warung sunyi, jual murah pun tak laku