Realtime website trackingweb stats

‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan

Oleh AHMAD ISMAIL

Aktor Beto Kusyairy secara berseloroh dan merendah diri memberitahu beliau hanya berwajah Jawa jika pengarah memintanya tayang badan dalam filem atau pun drama.

Pelakon berusia 43 tahun itu berkata, beliau sebaliknya akan bersikap profesional jika diminta untuk tidak berbaju dan menayang sebahagian tubuhnya.

Namun, itu semua hanya berlaku dengan syarat pengarah perlu mempunyai alasan kukuh, tegasnya, yang memulakan kerjaya hiburan sebagai maskot untuk rancangan televisyen pendidikan RTM, Along pada tahun 2001.

“Saya akan nilai dahulu keperluan sesuatu babak tetapi tidaklah sampai keterlaluan sehingga membuatkan penonton ghairah.

‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan

“Pengarah perlu berikan alasan kenapa memerlukan saya tidak berbaju. Jika alasannya kukuh dan selagi tidak melanggar sensitiviti, saya akan bersikap profesional sebab saya seorang pelakon,” lapor akhbar tempatan.

Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman berkata, beliau akan menolak permintaan itu kalau babak sedemikian sengaja dihasilkan untuk mencetuskan kontroversi atau keghairahan penonton.

“Tetapi kalau saja-saja nak ‘menjual’ atau umpan penonton saya tak mahu.

“Mungkin boleh ambil pelakon lain yang lebih sesuai. Saya ni dahlah berwajah Jawa,” kata pelakon filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ itu lagi.

Adakah Beto sanggup membentuk badan agar tampak sasa?

Bagi suami Tisha Shahar ini, hal itu memerlukan komitmen yang tinggi, dan beliau tiada masalah untuk bina badan jika bersesuaian dengan karakter.

‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan

“Saya suka benda yang realistik. Namun, saya perlu masa kerana perkara itu melibatkan komitmen yang tinggi.

“Sebenarnya bina badan hanyalah 10 peratus sahaja ke gim, selebihnya perlu menjaga diet,” tambah Beto lagi yang bakal muncul dalam ‘Super Wira’ di saluran Astro Ceria setiap Isnin, pukul 9 malam bermula 23 Oktober ini.

Super Wira arahan Ghaz Abu Bakar merupakan siri adiwira pertama yang mempunyai banyak unsur tradisional Melayu seperti silat dan cerita rakyat Naga Tasik Chini.

Baca:

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil

Gempar Paris diserang kutu busuk, Perancis sakan bergelut perangi bencana pepijat