Realtime website trackingweb stats

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Terdapat banyak rupanya jenis pemegang lesen yang menentukan sama ada kontraktor tersebut kategori kontraktor besar atau kecil.

Seorang wanita yang juga kontraktor, Mahanom Mohammad tampil berkongsikan lima perbezaan tersebut iaitu:

1. Dalam Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), kontraktor besar adalah pemegang lesen G4, G5, G6 dan G7.

Sementara itu, kontraktor kecil adalah pemegang lesen G1, G2 dan G3.

2. Cara pengurusan kontraktor besar menguruskan bisnes, projek, modal, bakat, pemasaran dan survival berbeza daripada pengurusan kontraktor kecil.

3. Cara marketing kontraktor besar banyak menggunakan above the line, berbeza dengan cara pendekatan kontraktor kecil lebih mesra kepada below the line.

4. Struggle kontraktor besar juga lain. Apabila mereka kata tiada duit, baki di bank masih ada 6 digit angka. Kontraktor kecil pula, apabila sebut tiada duit, dalam akaun bank memang tinggal baki minimum.

5. Surviving kedua-duanya juga berbeza. Kontraktor besar apabila kata tiada projek, maksudnya projek yang datang selepas projek dalam tangan selesai.

Kontraktor kecil apabila sebut tiada projek, maksudnya mereka betul menganggur. Lansung tiada projek dalam tangan.

Apabila kontraktor kecil mahu masuk market kontraktor besar, kena ubah cara pemikiran dan pandangan. Sama juga sebaliknya.

Apabila kontraktor besar mahu bercakap dengan kontraktor kecil, mereka perlu guna pendekatan dan konteks yang berbeza.

Sebab itu banyak kursus yang trainernya kontraktor besar, hanya peserta kontraktor besar sahaja boleh faham metodologi atau teknik dan kaedah yang digunapakai dalam kursus tersebut.

Apabila pesertanya kontraktor kecil, mereka akan angguk-angguk, buat buat faham tapi dalam kepala dok fikir, macam tak boleh apply saja dalam dunia realiti kerana ia adalah dua dunia yang berbeza.

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil

Sama seperti apabila kita makan di McDonalds atau KFC, kita sebagai pelanggan, sanggup beratur di kaunter untuk pesan dan boleh pula layan diri sendiri.

Walaupun pelanggan setia, kita tiada pilihan dan akan tetap datang beratur bila mahu buat pesanan.

Cuba masuk restoran atau kedai makan biasa. Kita sebagai pelanggan mahu terus duduk dan tunggu krew kedai datang ke meja melayan pesanan.

Jika restoran itu paksa kita beratur di kaunter pesan layan diri sendiri, sebagai pelanggan kita tahu kita ada pilihan sama ada akur atau keluar dan cari restoran lain.

Banyak rupanya jenis kontraktor, wanita ini kongsi 5 beza pemegang lesen besar dan kecil

Begitulah gambarannya. Kendalikan pelanggan pun berbeza antara kontraktor besar dan kontraktor kecil. Seninya ada jurang yang besar dan dalam. Lebih-lebih lagi untuk kontraktor baharu.

Kecuali kontraktor newbie itu, selepas daftar SSM, terus daftar lesen G7. Bolehlah belajar seni berunding projek multi juta.

Baca:

Cahaya matahari bertukar biru di Britain cetus panik penduduk, rupanya ada malapetaka berlaku di sebalik itu

Jepun cipta bantal khas untuk tidur ‘puas’ di pejabat, siap ada ciri-ciri elak tanda tidur di wajah

Jepun dah catat suhu sangat panas selepas 125 tahun, ini 12 fakta pemanasan global patut kita insafi