Realtime website trackingweb stats

Sawah padi rupanya dah empat hari diairi mayat mereput, penemuan polis ini menggemparkan

Oleh ARIF ABDULLAH

Siapa sangka kawasan sawah tenang saujana mata memandang rupanya dah tiga hingga empat hari diairi mayat mereput.

Itu yang berlaku di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor apabila mayat lelaki tanpa identiti ditemui dalam parit di Jalan Tali Air 11 pada 18 Januari lalu.

Itu pun disedari orang awam selepas paras air surut di parit tersebut sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

Sawah padi rupanya dah empat hari diairi mayat mereput, penemuan polis ini menggemparkan

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias, pemeriksaan pihaknya mendapati keadaan mayat itu telah mula mereput.

Jelasnya, individu terbabit dipercayai sudah meninggal dunia lebih tiga hingga empat hari.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau unsur pergelutan jenayah dikesan di lokasi tersebut.

“Parit itu merupakan sistem saliran air yang membekalkan sumber air ke kawasan penanaman sawah padi di Pasir Panjang,” katanya, lapor Kosmo.

Agus Salim berkata, polis turut merekodkan keterangan beberapa saksi awam yang menetap di sekitar kawasan berkenaan.

Jasad reput itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi proses bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam.

Hubungi 03-32245963 atau Ketua Polis Balai Sekinchan, Asisten Superintendan (ASP) Iek Ren Chong di talian 019-2825748.

Baca:

Stress api terlalu kecil? Boleh cuba kaedah ini untuk semua jenis dapur gas

Kena pandai tengok lubang baru tak tersalah pilih bendi tua, cara masak pun berbeza setiap tahap

Teringat zaman sekolah? Wajib cuba resipi mee kicap ala mak cik kantin menggamit kenangan sekolah