Sanusi tunai haji selepas 70 tahun menabung. Kisah seorang warga emas dari Bogor, Jawa Barat menyentuh hati ribuan netizen apabila beliau tular kerana akhirnya diterima menunaikan ibadah haji — selepas menabung selama tujuh dekad!
Petani yang dikenali sebagai Sanusi, lahir pada 3 Februari 1925, kini menjadi simbol ketabahan dan kecekalan jiwa seorang Muslim yang tidak pernah putus harapan.
Tabung Haji Bermula Sejak 1955
Menurut Sanusi, beliau mula menyimpan wang sejak tahun 1955 dengan satu tujuan yang jelas — ingin menunaikan haji bersama isterinya. Mereka akhirnya mendaftarkan diri sebagai bakal jemaah haji pada tahun 2019.
Namun, takdir Allah lebih mengetahui. Walaupun Sanusi diterima menunaikan haji tahun ini, isterinya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana masalah kesihatan.
Jemaah Haji Tertua dari Bogor
Sanusi dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada pertengahan Mei ini, menjadikan beliau jemaah haji paling tua dari Bogor bagi musim ini.
Perjalanan beliau ke Mekah bukan sekadar fizikal, tetapi juga lambang kekuatan tekad dan sabar yang tidak pernah luntur meskipun masa berlalu.
“Saya tak pernah berhenti berharap”
Kisah Sanusi mengingatkan kita bahawa impian yang disertai usaha dan doa tidak akan sia-sia, walaupun mengambil masa puluhan tahun untuk dimakbulkan.
Semoga perjalanan haji Sanusi dipermudahkan dan menjadi inspirasi buat semua umat Islam.
BACA JUGA :
Probowo kagum pengurusan Haji Malaysia, tekad mahu Indonesia yang paling murah
Kos haji untuk b40 dan m40 makin mahal, harga bermula RM15000
Jemaah haji merungut depan Kaabah, sekelip mata Allah ‘tarik’ suami hilang ketika tawaf