Realtime website trackingweb stats

Salahuddin baiknya bukan dibuat-buat, ini sisi Bapa Rahmah yang ramai tidak tahu

Oleh ADINDA

Salahuddin baiknya bukan dibuat-buat, ini sisi Bapa Rahmah yang ramai tidak tahu.

“Ni, entah semua dah makan ke belum? Nah, kongsi-kongsi. Belilah pisang goreng ke, buat kunyah-kunyah, makan petang-petang ni, taklah mengantuk sangat,” katanya lembut sambil tersenyum menghulurkan duit kepada salah seorang staf Harakah.

Itulah ayat lazim Allahyarham Salahuddin Ayub tatkala singgah di Jabatan Pengarang Harakah, tingkat 2 di Jalan Pahang Barat, tidak jauh dari Bulatan Pahang KL lebih 10 tahun dulu.

Orangnya tenang saja bercakap. Cakap pun sentiasa tersenyum. Dalam lemah lembut, beliau tegas orangnya. Arwah antara pemimpin Pas ketika itu yang paling banyak singgah menyapa kami kakitangan Harakah.

Malah, beliau antara pemimpin Pas paling mudah kami hubungi. Sibuk macam mana pun, kalau panggilan tak berjawab, beliau akan telefon kami kembali. Kadang kita pula rasa bersalah macam menganggunya pula sebagai Naib Presiden Pas Pusat ketika itu.

Komen balasnya pula kalau ditranskripkan mudah diproses sebab ayat jawapnya itu kemas bersusun. Sebelum komen, Allahyarham sempat lagi tu bertanyakan khabar dan bergurau. Kadang rakan staf lain pun ditanyakan sama.

Salahuddin baiknya bukan dibuat-buat, ini sisi Bapa Rahmah yang ramai tidak tahu."Ni, entah semua dah makan ke belum? Nah, kongsi-kongsi. Belilah pisang goreng ke, buat kunyah-kunyah, makan petang-petang ni, taklah mengantuk sangat," katanya lembut sambil tersenyum menghulurkan duit kepada salah seorang staf Harakah.

Saya sendiri dulu, kalau menghubunginya, pasti arwah bertanyakan khabar Ketua Pengarang Harakah ketika itu, Allahyarham Ahmad Lutfi Othman yang uzur.

Padahal, saya sudah sedia diberitahu Ahmad Lutfi sebelum itu yang Salahuddin baru saja menziarahinya sama ada di hospital atau di rumah atau paling tidak menghubunginya melalui panggilan telefon.

Kalau beliau bertandang ke Harakah, ketika Allahyarham Ahmad Lutfi masih mampu datang lagi ke bilik pejabatnya di tingkat 3 sebelum mengambil cuti panjang lantaran keuzurannya, Salahuddin akan tekan lif turun ke tingkat 2 pula bertemu kami para wartawan dan editor Harakah.

Meja kerja saya pula betul-betul di sebelah pintu masuk tingkat 2 itu. Automatiklah saya akan jadi orang pertama yang akan bersalaman dan kena ‘usik’ dengan beliau.

Lazimnya, saya tak reti sangat nak balas spontan selorohnya melainkan tersengih atau tanya beliau dari mana tadi, tak pun jumpa siapa sebelum ini. Saya pun ketika itu, memanggilnya, “Tuan Haji”. Sedangkan, staf yang senior mesra panggil beliau, “Bang Din” atau “YB”.

Maklumlah, staf baru Harakah lagi, paling junior ketika itu. Saya hanya mula kenal dengan Allahyarham semasa mula menjejak kaki di Harakah tahun 2012 ketika rancak gegak gempita siri himpunan Bersih.

Salahuddin baiknya bukan dibuat-buat, ini sisi Bapa Rahmah yang ramai tidak tahu."Ni, entah semua dah makan ke belum? Nah, kongsi-kongsi. Belilah pisang goreng ke, buat kunyah-kunyah, makan petang-petang ni, taklah mengantuk sangat," katanya lembut sambil tersenyum menghulurkan duit kepada salah seorang staf Harakah.

Banyak kali juga, saya tak sedar pun Salahuddin muncul walaupun sebelum itu memang dah dengar pintu lif (berkisah misteri itu) terbuka dan tertutup dengan agak kuat bunyinya.

“Gedeganggg!” pintu lif sejak era awal 90-an itu terkatup. Selang beberapa detik, eh, Salahuddin dah muncul berdiri di sebelah saya, tepuk-tepuk bahu saya dan berseloroh.

Katanya dengan nada bergurau, patutlah saya susah nak kahwin, menaip berita atau baca teks di skrin komputer pun bukan main serius lagi tak toleh kiri kanan.

‘Masalahnya’, Allahyarham kalau muncul di muka pintu tingkat 2 tu pun memang mengejut sama seperti pemergiannya ini ke negeri abadi – mengejut… 😭😭

Pernah Salahuddin muncul sebut “cak” je sebelum tersenyum simpul mengucap salam seraya matanya mesra menatap setiap kakitangan di meja masing-masing hingga ke hujung aras.

Kadang, beliau sampai saja terus menyapa, “hah, menung apa tu?!” sebelum arwah sendiri ketawa kecil dan membeli salam.

Masa itu, wartawan dan editor termasuk seksyen bahasa Inggeris (jangan tak tahu, akhbar Harakah dulu ada sisipan English Section tau!) ada dalam 11, 12 orang. Memang mesra Salahuddin dengan staf Harakah bukan dibuat-buat.

Kadang kala, ruang tingkat editorial yang ada detik tu sepi sebab masing-masing kena kejar deadline berubah jadi ceria dan riuh seketika dengan ketawa spontan dan balasan salam. Boleh pulak dia “cak cak” atau ‘sound’ kami begitu saja ketika kami sedang fokus berkerut dahi masing-masing menyiapkan kerja.

“Eh, saya ingat takde orang tadi,” katanya sambil tersenyum mesra muncul di muka pintu dengan ada ketikanya menjinjing bungkusan makanan buat kami.

Dia punya menyapa tu pun bukan sekadar berdiri sambil lalu dan cepat-cepat pergi selepas bersalaman dengan staf lelaki. Tidak.

Allahyarham siap tarik kerusi lagi duduk menghadap kami, tanya khabar kami seorang demi seorang. Beliau juga akan tanya, mana pergi si A, atau si B cuti ke, kalau ada meja kosong disebabkan wartawan ke lapangan.

Bagi abang-abang dan kakak-kakak Harakah yang jauh lebih lama kenal beliau, Allahyarham akan tanyakan pula macam mana sekolah anak masing-masing.

Kadang beliau sempat mengusik puji tudung cantik atau tanya tudung baru beli ke.

Salahuddin baiknya bukan dibuat-buat, ini sisi Bapa Rahmah yang ramai tidak tahu."Ni, entah semua dah makan ke belum? Nah, kongsi-kongsi. Belilah pisang goreng ke, buat kunyah-kunyah, makan petang-petang ni, taklah mengantuk sangat," katanya lembut sambil tersenyum menghulurkan duit kepada salah seorang staf Harakah.

“Patutlah, saya sampai-sampai je tadi, tak nampak Arif kat depan tu. Saya nampak berkilat je dari jauh tudung awak,” katanya kalau mengusik bab tudung cantik atau baru.

Saya pun yang beliau anggap serius tak lepas kena usik.

“Tahulah enta ni kerja di Harakah. Baju Melayu pun hijau Pas ni. Kalah saya dah ni!,” gurau Salahuddin kepada saya kalau kebetulan bertandang ke Harakah pada hari Jumaat. (Memang saya sejak sebelum kerja Harakah lagi pun, tiada baju Melayu warna biru BN!)

Kalau Allahyarham datang awal atau hujung bulan pula, beliau pasti tanyakan kami dah dapat gaji ke belum.

Dalam sembang santai dan berseloroh, beliau memang ambil berat kebajikan kami, kakitangan Harakah. Selorohnya tidak berlebihan. Pedulinya bukan dibuat-buat. Tak hairanlah, nilai peduli jadi antara nilai Parti Amanah Negara (AMANAH) selain amanah dan progresif.

Di hujung pertemuan beliau dengan kami, Allahyarham hulurkan wang untuk buat belanja minum petang, katanya. Pemberian duit belanja setiap kali beliau datang singgah jumpa kami itu bukannya semasa musim muktamar pemilihan pun.

Sebabnya, dari riak wajah, renungan mata dan cara Allahyarham yang rajin mendengar cerita dan masalah kami, memang kita dapat nilai beliau pemimpin yang ikhlas sekurang-kurangnya dengan kami petugas parti Pas ketika itu.

Pendek kata, sebelum jadi menteri dengan inisiatif Payung Rahmahnya, Allahyarham dah memang banyak berbuat baik, rajin bersedekah dan ramah pun dengan marhaen.

Kain batik sama sujinya,
Dalam sumbu tali belati;
Orang baik budi bahasanya,
Diingat juga sampai mati.

Semoga Allah sentiasa memayungi Allahyarham Salahuddin Ayub dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Tenang dan damailah tuan di negeri abadi. Amiin Ya Rabbal Alamiin

Sumber: Arif Atan

Baca:

Cubalah tambah pendapatan 10% setiap tahun, amalkan lima tips ini elak terkering duit

Akibat tabiat melampau teman lelaki, pecah gegendang telinga wanita ini

Nyaris buta gara-gara buat perangai pelik, ini rekod paling lama dia menangis