Realtime website trackingweb stats

Nyaris buta gara-gara buat perangai pelik, ini rekod paling lama dia menangis

Oleh ADINDA

Nyaris buta gara-gara buat perangai pelik, ini rekod paling lama dia menangis. Seorang pelawak dan pencipta kandungan warga Nigeria didakwa ‘buta‘ selama hampir 45 minit ketika cuba mencipta rekod maraton tangisan paling lama di dunia.

Tembu Daniel, yang menggunakan nama 237_towncryer di Instagram, baru-baru ini cuba mencabar dirinya dengan aktiviti luar biasa menangis secara berterusan selama 100 jam.

Pemuda Nigeria itu dilaporkan memulakan aksi aneh itu pada 9 Julai lalu, tetapi terpaksa menangguhkan tangisannya 6 jam kemudian, kerana berdepan kesan sampingan yang tidak dijangka.

“Saya mengalami sakit kepala, mata menjadi sembap, muka membengkak malah paling teruk, merasa seolah-olah buta dan keadaan itu berlarutan selama kira-kira 45 minit.

“Saya terpaksa menyusun semula strategi dan mengurangkan ratapan saya. Saya tidak mahu membiarkan masalah ini menghalang saya daripada mencapai matlamat yang diinginkan,” kata penghibur dalam talian itu kepada BBC.

Sehingga kini tidak jelas sama ada Daniel benar-benar menyelesaikan rekod tersebut kerana beberapa klip percubaan yang disiarkan di Instagramnya menunjukkan dia hanya mampu melakukannya paling lama sekitar 5 jam 54 minit.

Malah akaun media sosial Rekod Dunia Guinness turut menjelaskan badan itu tidak pernah memantau percubaan rekod sedemikian.

Menurut Oddity Central, walaupun gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, Daniel masih berjaya mendapat perhatian yang diidamkannya, selepas percubaan rekod uniknya itu menjadi tajuk utama berita antarabangsa dan tular dalam media sosial.

Baca:

Aina Abdul kena kecam lagi, Siti Nurhaliza pun tak over, netizen nasihat serba sederhana lebih indah

Sado main gym, maut pun kerana besi, beban 210 kg penyebab lelaki ini patah tulang leher

Bekas MB pun ada masuk gelanggang PRN, ini senarai penuh calon BN bertanding di enam negeri