Realtime website trackingweb stats

Sakan berjoget selepas dah kurus, Fasha Sandha akui lagi malu kalau nampak baik tapi munafik

Oleh ADINDA

Sakan berjoget selepas dah kurus, Fasha Sandha akSakan berjoget selepas dah kurus, Fasha Sandha akui lagi malu kalau nampak baik tapi munafik ui lagi malu kalau nampak baik tapi munafik.

Selagi hati gembira, pelakon Fasha Sandha teguh dengan pendiriannya untuk terus berjoget walaupun video aksinya dalam media sosial terus mengundang kecaman netizen.

Kata isteri aktor Aidil Aziz itu, dia tidak perlu berasa malu untuk menjadi diri sendiri berbanding berpura-pura agar kelihatan baik di mata orang ramai namun sebenarnya menyimpan sifat hipokrit dan munafik.

“Terima kasih sister (individu yang menegur) di atas teguran.

“Pada saya, tak perlu malu untuk jadi diri sendiri. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi (sebenarnya) bersifat munafik serta hipokrit.

“Orang itu juga selalu iri hati pada yang lain kerana hatinya itu tak bersih,” katanya di Instagram.

Pelakon Ada Apa Dengan Dosa itu mengulas demikian bagi menjawab dakwaan pengguna alam maya yang menuduh dia semakin rancak berjoget sejak tubuhnya dilihat kembali langsing.

Mengiringi kenyataan itu, Fasha, 39, turut memuat naik beberapa video lama menunjukkan dia menari bersama suami dan anak-anak sewaktu tubuhnya kelihatan berisi.

Aktres itu berkata, dirinya tidak pernah berubah sejak dulu.

“Agak tersilap faktanya. Seketul (seorang) Fasha Sandha ini adalah manusia yang sentiasa gembira dan suka berseronok, sama ada gemuk atau berisi, saya tetap joget dan gembira.

“Saya tiada masa untuk sunting gambar atau video untuk menampakkan kurus.

“Jadi, fakta yang menyatakan saya berisi, saya berbeza itu tak tepat ya. Saya tetap sama,” katanya.

Pada masa sama, Fasha menjawab komen yang menuduh dia tidak mempunyai perasaan segan silu dengan ibu mentua mahupun iparnya apabila berkongsi video menari.

“Tiada sesiapa pun sempurna di dunia ini sister. Tiada sesiapa layak untuk menghakimi sesiapa pun,” katanya.

Baca:

Nak elak risiko nyanyuk kena belajar perkara baru, Malaysia yang menuju negara ramai orang tua pun kena contohi

Joging berseluar pendek terlalu singkat kena tumbuk, kes bukan di negara Islam ini menggemparkan

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar