Joging berseluar pendek terlalu singkat kena tumbuk, kes bukan di negara Islam ini menggemparkan

Oleh ADINDA

Joging berseluar pendek terlalu singkat kena tumbuk, kes bukan di negara Islam ini menggemparkan.

Seorang wanita di Nakhabino, Russia mendakwa dia ditumbuk di muka oleh seorang lelaki kerana memakai pakaian tidak sopan ketika berjoging, lapor laman berita RT semalam.

Menurut laman berita Pravda, penyerang tersebut tidak menyukai seluar pendek yang dipakai mangsa kerana didakwa terlalu singkat.

Dalam kejadian itu, penyerang dilaporkan memegang tangan mangsa dan bertanya mengapa dia berlari dan berpakaian sedemikian.

Tanpa menunggu jawapan daripada wanita itu, penyerang berkenaan terus menumbuk mukanya dengan kuat.

Wanita itu menegaskan kepada RT bahawa dia tidak memakai pakaian ‘provokatif’ dan hanya memakai baju-T dan seluar pendek ketika berjoging.

Penyerang tersebut dikatakan terus mengejarnya tetapi mangsa sempat merakam gambarnya menerusi telefon bimbit.

Seorang pejalan kaki kemudian bertindak campur tangan dan cuba menjelaskan kepada lelaki itu bahawa gadis tersebut hanya keluar berjoging.

Penyerang berkenaan kemudian menyatakan bahawa kaum wanita tidak boleh bersukan sebelum bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Pegawai penguat kuasa undang-undang berkata, suspek telah pun ditahan manakala beberapa laporan media tempatan menyebut lelaki tersebut sebagai warga Tajikistan.

Baca:

Kucing di negara ini dah wajib dipasang mikrocip, pemilik boleh kena denda hampir RM3,000 kalau ingkar

Tak ramai yang hebat macam nelayan tua ini, jangan tak tahu kayu hanyut dan terbuang boleh bawa hasil RM12,000

Abang dulu dalam beg lampin, adiknya pula di tandas hospital, buat ujian DNA baru tahu rupanya adik-beradik