Sajat pun ‘sekolahkan’ Abang Tesla, ramai setuju kata-kata pedas mak nyah ini.
Kisah perkahwinan kedua Abang Tesla nampaknya masih menjadi bualan hangat di media sosial dan ramai yang terpanggil untuk memberikan pendapat (atau kecaman) masing-masing.
Usahawan yang kini menetap di Australia, Sajat turut menghentam tindakan Abang Tesla menduakan isterinya dan berkahwin lagi satu baru-baru ini.
Menerusi TikTok, Sajat telah memberi respon terhadap kenyataan lelaki itu yang tular sebelum ini tentang mengapa dia berkahwin dua.
Sajat terang-terangan mencemuh alasan Abang Tesla dan berpendapat lelaki itu boleh sahaja menggunakan duitnya untuk membuat prosedur IVF.
Kalau tak boleh ‘tembak’ terus dekat pant*t tu, boleh ‘tembak’ dekat tabung (IVF) faham tak?”
Bukan itu sahaja, Sajat begitu yakin bahawa Abang Tesla hanya menggunakan anak sebagai alasan untuk beristeri dua dan berkata jumlah harga hantaran boleh digunakan untuk membayar kos IVF.
Kata banyak duit, kata kereta Tesla. Takkanlah ‘tembak’ dekat tabung tak mampu nyah?” -Sajat
Kata-kata Sajat itu membuatkan ramai terhibur sekaligus bersetuju dengan pendapatnya serta berkata pemikirannya lebih bijak daripada Abang Tesla.
Baca:
Jangan marah bila anak pijak rumput berkaki ayam, banyak manfaat sebenarnya
Muka ‘pijak semut tak mati’ siap berjanggut lagi tapi makan di kedai tak nak bayar
Whatsapp dah benarkan hantar gambar resolusi HD, dah tak risau kualiti gambar lepas ni