Muka ‘pijak semut tak mati’ siap berjanggut lagi tapi makan di kedai tak nak bayar

Oleh ADINDA

Muka ‘pijak semut tak mati’ siap berjanggut lagi tapi makan di kedai tak nak bayar.

Seorang pengusaha kedai makan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pelanggan yang makan di kedainya namun bertindak untuk tidak membayar makanan tersebut.

Pengusaha yang menggunakan akaun Matsallehburger di TikTok berkenaan telah membuat satu perkongsian dan perkara itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna TikTok yang lain.

Pemilik kedai makan berkenaan ternyata berang dengan tindakan ‘makan lari’ yang berlaku tersebut. Menurutnya, dia faham dan terbuka untuk berbincang sekiranya pelanggan tersebut tidak mempunyai wang untuk makan, namun tindakannya yang melarikan diri tanpa membuat pembayaran tersebut tidak dapat diterima.

Menurut pendedahan pemilik berkenaan dalam dialek Kelantan tersebut, dia kecewa kerana menurutnya perbuatan pelanggan berkenaan lebih teruk dari penjahat dan lebih mengecewakan, penampilan pelanggan berkenaan kelihatan ‘baik’ dan tidak kelihatan seperti orang jahat.

Dalam masa yang sama, dia yang turut menerima pujian pengguna kerana masih bersedia untuk berbincang sekiranya pelanggan berkenaan benar-benar memerlukan.

Namun tidakan lari dan tidak membayar makanan yang telah dimakan tidak boleh diterimanya.

Video:

Menerusi ruangan komen, rata-rata memikirkan berkemungkinan pelanggan berkenaan terlupa untuk membayar makanan tersebut dan pasti akan kembali untuk membayar makanan tersebut.

Pun begitu, pemilik kedai berkenaan seakan-akan tidak dapat memikirkan ada yang tergamak untuk berbuat demikian walaupun berpewatakannya baik.

Baca:

‘Sebab boleh dik’ jadi trend oleh pelajar siap tulis dalam kertas jawapan, ini penjelasan Azri Walter

Banduan kirim surat kepada FBI selepas 51 tahun berjaya lolos dari penjara terketat di dunia

Sering terkesan lakonan Ibrahim Pendek, ini rupanya kehidupan sebenar beliau di belakang tabir