Realtime website trackingweb stats

Rupanya setiap hari ada 9 kes jenayah seksual, ketahui 15 fakta realiti pelbagai jenayah di Malaysia

Oleh NURAIMAN

Data berkenaan kes jenayah seksual didedahkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) amat membimbangkan apabila lebih 3,000 jadi mangsa saban tahun.

Rupanya secara purata, 9 kes jenayah seksual berlaku sepanjang tahun 2022 dengan 3,303 kes berbanding 3,209 kes pada 2021 iaitu meningkat 2.9 peratus.

Ketahui 15 fakta berkaitan kes jenayah di negara ini pada 2022 seperti didedahkan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam Statistik Jenayah Malaysia 2023:

1. Kes rogol mencatatkan peratus peningkatan tertinggi iaitu 9.6 peratus.

2. Kes seks luar tabii, gangguan seksual dan cabul kehormatan masing-masing menunjukkan penurunan sebanyak 10.4 peratus, 5.7 peratus dan 0.5 peratus.

3. Jenayah indeks (jenayah kekerasan dan jenayah harta benda) dan jenayah komersial, masing-masing menurun sebanyak 4.1 peratus dan 3.0 peratus kepada 50,813 kes dan 30,536 kes pada 2022.

4. Jenayah siber pula meningkat 44.3 peratus kepada 577 kes daripada 400 kes dalam tempoh yang sama.

5. Jenayah kekerasan dan jenayah harta benda masing-masing berkurang 10.0 peratus dan 2.4 peratus kepada 10,348 kes dan 40,465 kes pada 2022.

6. Kesemua jenis kesalahan di bawah jenayah komersial pada 2022 yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurun kecuali kesalahan berkaitan wang palsu dan jenayah siber.

7. Bilangan kertas siasatan kes rasuah yang dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkurang 1.0 peratus kepada 820 kes (2022) daripada 828 kes (2021).

8. Kertas siasatan bagi semua jenis kesalahan pada 2022 merekodkan penurunan kecuali kesalahan tuntutan palsu dan memberi rasuah masing-masing meningkat 41.1 peratus dan 17.9 peratus.

9. Kes tangkapan yang dibuat oleh SPRM meningkat 6.8 peratus pada 2022 dengan 909 tangkapan berbanding 851 tangkapan (2021).

10. Angka tangkapan bagi kesalahan tuntutan palsu pada 2022 meningkat sebanyak 66.9 peratus.

11. Tangkapan bagi memberi rasuah, menerima rasuah dan salah guna kedudukan mencatatkan penurunan dalam tempoh yang sama.

12. Kes berkaitan dadah meliputi membekal dadah, memiliki dadah dan positif ujian urin menunjukkan peningkatan sebanyak 30.6 peratus kepada 141,289 kes pada 2022.

13. Kesalahan membekal meningkat sebanyak 18.0 peratus, memiliki dadah meningkat sebanyak 35.1 peratus dan positif ujian urin meningkat 31.2 peratus berbanding 2021.

14. Bilangan tangkapan berkaitan kes dadah pula meningkat 26.3 peratus kepada 163,697 tangkapan pada 2022 seperti yang dilaporkan oleh PDRM.

15. Jumlah saman trafik yang dikeluarkan oleh PDRM pada 2022 meningkat 15.3 peratus kepada 5.3 juta saman berbanding 2021 (4.6 juta saman).

Baca:

“Bertentangan dengan nilai Islam” – Menteri Agama ulas dialog menantu jahat drama Surat Dari Tuhan

‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca

Yang masuk restoran dah kurang, pesanan ‘online’ pun sama, ‘rider’ akui boikot Israel bukan main-main