Realtime website trackingweb stats

‘Cucuk’ duit rupanya patut kereta lama di petak isi petrol, yang ada perangai begini wajib baca

Oleh NURAIMAN

Memang ada pemandu seolah-olah tiada rasa bersalah membiarkan orang lain lama menunggu hanya kerana dia ‘cucuk’ duit di mesin ATM atau membeli belah terlebih dahulu ketika keretanya ada di petak pam petrol.

Luahan rasa tidak puas hati seorang pemandu dengan nama Akon Amshar di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini berhubung isu itu yang dialaminya petang semalam dilihat menarik perbincangan orang ramai.

“Aku rasa, kena buat undang-undang barulah untuk manusia bangang yang nak cucuk duit, tapi park kereta tempat isi minyak.

“Alasan dia, “Dah aku nak isi minyak, aku kenalah cucuk duit, tempat isi minyak banyak lagi, kau pergilah tempat lain kalau tak boleh tunggu!” Simpanlah sikit bangang tu kat anak cucu.

“Wah, aku cakap elok-elok, bini kau melenting. Lepas tu, bila aku melenting, kau cakap kenapa aku melenting.

“Fuhh. Menguji betul petang-petang ni. Siap genggam penumbuk tak tahan tu,” katanya dalam hantaran berserta gambar pemandu terbabit yang sedang mengisi minyak.

Rata-rata komentar menyifatkan perlunya ada nilai toleransi dan ‘common-sense’ atau berhemah dengan tidak hanya mementingkan diri sendiri ketika berurusan di stesen minyak.

Bagi M K Fahmi Ismail, tiada masalah sangat pun jika letak kereta di petak pam minyak sementara mahu mengeluarkan duit dari mesin ATM jika di luar waktu puncak atau kawasan tidak sibuk.

“Tapi kalau kawasan tu sibuk, memang makan sumpah seranahlah. Lagi pula pagi-pagi orang lain kejar masa nak ke tempat kerja.

“Jadi, semua kena ada sikap toleransi. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul,” katanya.

Ramai juga berpendapat lebih molek alihkan kereta dari petak pam minyak dan letak kenderaan di parkir disediakan untuk membuat pelbagai urusan di stesen minyak memandangkan Islam mengajar supaya mudahkan orang bukan menyusahkan.

“Nak keluar duit atau beli barang, masuk parking dulu, bagi jalan orang nak isi minyak, senangkan orang, dapat pahala. Siapa tahu, dia sedang kejar masa,” kata seorang warganet.

Dalam masa sama, ada juga menasihatkan agar pengguna kenderaan di Malaysia belajar untuk cuba memanfaatkan sistem bayaran di pam minyak secara atas talian melalui pelbagai aplikasi dan kaedah disediakan.

Isi minyak di mana-mana stesen Petronas hanya dengan satu ketik melalui aplikasi Setel contohnya, dapat menjimatkan masa daripada beratur di mesin ATM dan sekali lagi berbaris di kaunter sebelum kembali ke kereta mengisi minyak.

Baca:

Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja

Kepada pelanggan Maybank, selepas 31 Oktober 2023, pendaftaran baharu Secure2u hanya dibenar melalui ATMĀ 

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan