Tidak kira dalam urusan rasmi atau sedang bercuti, keselamatan diri ketika menginap di hotel harus diberi perhatian serius.
Oleh itu, penting untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang dapat membantu mengelakkan sebarang bentuk gangguan daripada individu yang berniat tidak baik.
Berikut adalah tujuh panduan berguna yang dikongsikan oleh Mirzan Johor untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan semasa menginap di hotel, terutamanya bagi golongan wanita.
1. Letakkan lebih daripada sepasang kasut di depan pintu hotel
Letakkan beberapa pasang kasut di depan pintu bilik anda. Ini memberikan isyarat bahawa ada seseorang di dalam bilik,
yang dapat membantu menghalang orang yang tidak diingini daripada memasuki bilik anda.
2. Gantungkan “Do Not Disturb” di luar pintu bilik
Menggantungkan tanda “Do Not Disturb” di luar pintu bilik bukan sahaja menghalang staf hotel atau pengunjung yang tidak diundang daripada mengganggu anda, tetapi juga menunjukkan bahawa anda memerlukan privasi penuh.
3. Letakkan cawan di atas tombol pintu
Letakkan cawan atau objek kecil lain di atas tombol atau pegangan pintu. Ini akan memberi amaran jika seseorang cuba membuka pintu tanpa izin, kerana cawan tersebut akan jatuh atau bergerak jika pintu dibuka.
4. Periksa cermin untuk keselamatan
Letakkan jari anda dekat dengan cermin dan periksa jika jari anda menyentuh permukaan cermin. Jika jari anda bertemu permukaan cermin, ini mungkin menandakan adanya objek tersembunyi di belakangnya.
Periksa juga jika cermin kelihatan tidak rata atau ada ruang di belakangnya, yang mungkin menunjukkan adanya peranti pengintai.
5. Periksa celah pengudaraan atau penghawa dingin
Teliti celah-celah lubang pengudaraan atau unit penghawa dingin untuk memastikan tiada kamera tersembunyi atau peranti pengintai.
Gunakan lampu suluh atau lampu telefon anda untuk melihat dengan lebih jelas di dalam celah-celah tersebut. Jika anda menemui peranti yang mencurigakan, laporkan kepada pihak hotel.
6. Periksa lampu di seluruh bilik
Matikan lampu dan periksa seluruh bilik untuk melihat jika ada lampu merah kecil yang berkedip atau menyala, yang mungkin menandakan adanya kamera tersembunyi atau peranti pengintai (spy cam).
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda dapat meningkatkan tahap keselamatan dan privasi semasa menginap di hotel, terutamanya jika anda bercuti sendirian. Sentiasa berwaspada dan
BACA: Wanita kongsi ‘jalan pintas’ cairkan ais tebal di ruang beku peti ais