Menggunakan peti ais lama kadangkala boleh menimbulkan masalah, terutamanya apabila lapisan beku di ruang freezer semakin menebal setiap bulan.
Bukan sahaja proses mengeluarkan ais yang terbentuk memakan masa lama, malah ia juga boleh menyukarkan penyimpanan makanan.
Suri rumah, Salmi Hayati Salehoddin, pernah melakukan eksperimen di bahagian freezer peti sejuknya sendiri.
Dalam perkongsian di Facebook, beliau menerangkan bahawa beliau membiarkan ais terbentuk hingga tebal di ruang freezer selama lima bulan.
Hasilnya, lapisan beku itu menjadi terlalu tebal sehingga menutupi nugget ikan yang ada di dalamnya.
Ketebalan ais tersebut kekal selama lima bulan.
Dalam hantaran tersebut, Salmi menunjukkan ‘jalan pintas’ untuk mencairkan lapisan beku di peti sejuknya. Beliau menggunakan pengering rambut (hair dryer) yang dihalakan ke kawasan ais yang terbentuk.
Dengan cara ini, masalah pembentukan ais tebal di ruang freezer dapat diselesaikan dengan mudah dalam masa kurang dari satu jam.
Untuk makluman, pengering rambut bukan sahaja berguna untuk mencairkan ais. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencairkan ikan, ayam, daging, udang, atau sotong yang dibekukan dengan lebih cepat.
BACA:Â Baru tahu rupanya boleh saman tunang kalau batalkan perkahwinan, ini cara ramai nak tahu